Asklegal

Tender | Construction

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya


KENYATAAN TENDER

Sebutharga adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Sijil Kontraktor Kerja Bertaraf Bumiputera dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam kategori dan pengkhususan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:


No. Tender:
MPHTJ/T1/JPB/2018

Tajuk Projek:
CADANGAN PEMBANGUNAN PEJALAN KAKI SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN BAGI INISIATIF BLACKSPOT PROGRAM BANDAR SELAMAT TAHUN 2018 DI TAMAN MERDEKA MP HANG TUAH JAYA MELAKA

Taraf / Jenis Syarikat:
Bumiputera T1

Gred, Kategori & Pengkhususan:

  • Gred G3
  • Kategori CE
  • Pengkhususan CE01 & CE21

Tempat & Tarikh Dokumen Mula Dijual:

  • Kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall, 75450 Lebuh Ayer Keroh – Tun Razak, Melaka
  • Tarikh Dokumen Mula Dijual: 19.04.2018 (KHAMIS) – 03.05.2018 (KHAMIS)

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama:
RM300.00
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup:

  • Kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, SF-01, Aras 2, Kompleks Melaka Mall, 75450 Lebuh Ayer Keroh – Tun Razak, Melaka
  • Tarikh Tutup Tender: 10.05.2018 (KHAMIS)
  • Waktu: 12.00 tengahari

Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN pada tarikh: 17/04/2018 (SELASA). Masa: 9.00 pagi. Tempat Berkumpul: Hadapan Pintu Masuk Aras G, Kompleks Melaka Mall, 75450 Lebuh Ayer Keroh – Tun Razak, Melaka


Hanya penama yang tercatat di dalam Sijil PKK dan CIDB yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak.

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperoleh di Kaunter Khidmat Pelanggan semasa waktu pejabat, Isnin – Khamis (8.30 pagi – 12.30 tengahari / 2.30 petang – 4.00 petang) & Jumaat (8.30 pagi – 11.30 pagi / 3.00 petang – 4.00 petang).

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank / kiriman wang / wang pos di atas nama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja.

Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan / sijil ASAL Sijil Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Sijil Kontraktor Kerja Bertaraf Bumiputera dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut.


*Jenis Syarikat tempatan: T1 – Syarikat 100% milik tempatan
Majlis tidak terikat untuk menerima Tender terendah atau mana-mana tawaran Tender.


Medium 89423abe 13f9 4410 8b65 2c9f5bfb2b33