Asklegal

Tender | Maintenance

Jabatan Kerja Raya (JKR)


KENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia / PUKONSA / UPKJ / Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-


Pejabat yang memanggil tawaran:
JKR DAERAH JOHOR BAHRU

Tajuk Projek:
JKR/PERS/J/JB/03/2018
KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH KEROSAKAN STRUKTUR BUMBUNG DI BLOK ASRAMA DAN DEWAN MAKAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA JOHOR JAYA, JOHOR BAHRU

Taraf / Jenis Syarikat*:
Bumiputera T1

Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub kepala:

  • CIDB
  • Gred G3
  • Kategori B
  • Pengkhususan B24

Tempat & Tarikh Dokumen Mula Dijual:

  • PEJABAT JURUTERA DAERAH JKR (D) JOHOR BAHRU
  • 19.04.2018 (KHAMIS) – 03.05.2018 (KHAMIS)

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama:

  • RM200.00
  • PENGARAH KERJA RAYA NEGERI JOHOR

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup:

  • Pejabat Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, Aras 5 (Bhg. Kontrak & Ukur Bahan), Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor
  • 10.05.2018 (KHAMIS), 12.00 tengahari


Untuk makluman kepada semua petender ini TIADA TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK.
Sila hubungi pejabat ini di talian 07-222 3133 / 3139 sekiranya ada sebarang pertanyaan.



Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor / syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperoleh di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank / kiriman wang / wang pos di atas nama PENGARAH KERJA RAYA NEGERI JOHOR. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan / sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan / sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).


*Jenis Syarikat Tempatan:

  • T1 – Syarikat 100% milik tempatan.
  • A1 – Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.
  • A2 – Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

Medium 1389146e 3cab 4a11 aa55 52052f414fc5