Asklegal

Tender | Services

PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (SME CORP. MALAYSIA)


 

KENYATAAN PELAWAAN


1. Pelawaan ini adalah terbuka kepada syarikat - syarikat yang masih sah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang seperti di bawah dan berpengalaman untuk mengambil bahagian di dalam pelawaaan berikut:


TAJUK TENDER 
Tender SME Corp. Malaysia Bil. 1 / 2018: Pembekal Perkhidmatan bagi Program EPP8: Developing SMEs in the Global Aerospace Manufacturing Industry 3.0


KOD BIDANG
221110

Nota: Kod Bidang di atas merupakan Kod Bidang yang didaftarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia berkuatkuasa pada Jun 2012. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Kod Bidang boleh dicetak terus daripada Portal Rasmi ePerolehan.



SYARAT UTAMA PELAWAAN

 
 • Pembekal berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan tempoh pendaftaran masih sah. 

• Pembekal berdaftar dalam kod bidang yang dinyatakan 


PERINGATAN TENDER


Tarikh Jualan Dokumen Tender: 11 April 2018 (Rabu) sehingga
24 April 2018 (Selasa)
Tarikh Tawaran ditutup: 2 Mei 2018 (Rabu), 12.00 tengah hari

Taklimat Tender: 11 April 2018 (Rabu), 3.00 petang Dewan Perdana, Aras 5, Blok B, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala  Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur


2.Dokumen Tender boleh diperolehi semasa waktu pejabat di Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia), Bahagian Pengurusan Korporat, Aras 5, Blok B, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur. Bayaran bagi Dokumen Tender hendaklah dalam bentuk Bank Draf yang dibuat atas nama Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Harga bagi satu (1) set dokumen adalah RM50.00. Bayaran Dokumen Tender tidak akan dikembalikan. 

3.Petender yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri TAKLIMAT TENDER pada tarikh, masa dan alamat seperti di atas. Sijil Kehadiran akan diberikan pada hari taklimat. Sijil ini wajib dikemukakan bersama-sama Cadangan Tawaran.Tawaran daripada Petender yang tidak hadir taklimat Tender dan gagal mengemukakan Sijil Kehadiran asal tidak akan dipertimbangkan. 

4.Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender Perbadanan Perusahaan kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia), Bahagian Pengurusan Korporat, Aras 5, Blok B, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur. SME Corp. Malaysia berhak menolak dan tidak menerima keseluruhan tawaran yang diterima selepas daripada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
,
5.Pihak Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia), tidak terikat untuk menerima semua tawaran atau sebahagiannya atau mana-mana tawaran yang terendah dan segala kos penyediaan tawaran hendaklah ditanggung oleh Petender.

6.Wakil syarikat perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Asal yang masih sah tempohnya serta dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (Perbendaharaan) untuk semakan sebelum membeli Dokumen Tender.
satu syarikat hanya dibenarkan untuk membeli satu Dokumen Tender sahaja. 


Medium 1485a794 4bdc 4c49 85f2 9d2563184f46