Asklegal

Tender | Services

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


KWSP EPF
KENYATAAN TENDER



1. Tender adalah dipelawa secara terbuka bagi perkhidmatan seperti berikut:-



NOMBOR TENDER
KWSP.JPPB(S) 400-5/8/34 


KETERANGAN TENDER
Perolehan Sistem Electronic Procurement (e-Procurement)


HARGA  DOKUMEN 
RM5,300.00  (termasuk 6% GST)


KOD BIDANG
210101/210102/210103/210104/ 210105/210106


TARIKH/TEMPAT TAKLIMAT
Tarikh : 11 April 2018 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi  
Tempat : Bilik Theaterette, Tingkat 26, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut 


TARIKH TUTUP  MENGEMBALIKAN DOKUMEN
27 April 2018 (jam 12.00 tengah hari)


NO.PETI
18



2. Dokumen Tender boleh didapati pada waktu pejabat di Unit Pengurusan Tender Vendor, Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan, Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur dengan dikenakan bayaran seperti di atas dalam bentuk Electronic Fund Transfer (EFT) ke KWSP Maybank: 564155219470/Tunai/Banker's Cheque di atas nama Ketua Pegawai Eksekutif KWSP. Bayaran ini tidak akan dikembalikan. 

3. Petender hendaklah membawa bersama-sama salinan Sijil Pendaftaran Asal dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) yang masih sah tempohnya, Sijil Pendaftaran GST dan Borang tender. Dokumen tender tidak akan dijual sekiranya petender gagal berbuat demikian. 

4.KWSP tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran tender yang terendah dan tidak akan bertanggungjawab memberi sebarang alasan atas penolakan tender dan juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini.

5.Modal berbayar petender hendaklah sekurang-kurangnya sebanyak RM500,000.00. 

6. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang telah dimeterai nombor tender dan jenis perolehan berkaitan di sebelah kiri sampul surat dan dikembalikan tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 27 April 2018 (Jumaat) kepada:-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan
Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur 

7. Petender dinasihatkan meneliti jadual kerja dan syarat-syarat mandatori sebelum membeli dokumen tender ini.


Medium 310d5607 a8e6 44a1 b7ea 56deace2c5e7