Asklegal

Tender | Maintenance

BAHAGIAN PERUMAHAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN


BAHAGIAN PERUMAHAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN
KENYATAAN TAWARAN
NO. TENDER: TDR.BP 1/2018 
BERTARIKH: 6 APRIL 2018

1. Tawaran adalah dipelawa bagi Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia CIDB dan masih dibenarkan untuk menyertai tender berikut:


SIJIL/KOD BIDANG
CIDB (G3, G4,G5, G6, DAN G7 M03)
LIF DAN ESKALATOR)


TAJUK KERJA
CADANGAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN MENAIKTARAF 6 UNIT LIF YANG ROSAK DI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) SENA KANGAR PERLIS 


LAWATAN TAPAK
TARIKH : 13 APRIL 2018 : (JUMAAT) 
MASA : 9.30 PAGI 
TEMPAT : RUANG LEGAR PROGRAM PERUMAHAN · RAKYAT (PPR) SENA KANGAR PERLIS.



2. Kontraktor hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan
membeli dokumen tender:-
i) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT DENGAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) 

ii) SIJIL AKUAN SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) DENGAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) 

iii) SEKIRANYA PIHAK KONTRAKTOR PERLU MENDAPATKAN KEBENARAN KHAS DARI CIDB, SURAT KEBENARAN PERLU DIKEMUKAKAN PADA HARI LAWATAN TAPAK 

Satu salinan sijil diatas (tidak dikembalikan) dan hendaklah dikemukakan untuk simpanan Bahagian Perumahan semasa membeli dokumen. Bahagian Perumahan berhak menolak permohonan yang pada tanggapan Bahagian Perumahan tidak layak. 

3. Dokumen tawaran tender boleh dibeli dengan harga RM50.00 secara TUNAI dan tidak akan dikembalikan di kaunter Hasit, Bahagian Perumahan di alamat Tingkat Bawah, Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat, Kompleks Pejabat Pejabat Kerajaan, 01000 Kangar, Perlis pada waktu pejabat sebelum jam 3.00 petang mulai 13 APRIL 2018 (JUMAAT) hingga 27 APRIL 2018 (JUMAAT) di kaunter Bahagian Perumahan, Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Negeri Perlis. Satu (1) petender hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender dan menggunakan satu (1) tawaran sahaja. 

4. HANYA PEMILIK LESEN DAN WAKIL YANG DIBENARKAN OLEH PEMILIK LESEN SAHAJA DIWAJIBKAN mengikuti lawatan tapak yang akan diadakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan seperti diatas. Untuk tujuan ini kontraktor adalah dikehendaki melaporkan diri di kawasan yang ditetapkan dengan mengemukakan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT DENGAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) dan KAD PENGENALAN untuk pengesahan. 

5. Dokumen tawaran yang telah dipenuhi dengan sempurna, hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertulis No. Tender di sebelah kiri sampul dan ditengahnya ditulis tajuk tender dan dimasukkan ke dalam peti Tawaran Tender di Bahagian Perumahan, tidak lewat dari jam 12.00 TENGAH HARI 4 MEI 2018 (JUMAAT). Tender yang dihantar melebihi jam 12.00 tengah hari akan DITOLAK. Permohonan-permohonan dan pengambilan borang yang lewat daripada tarikh disebutkan diatas tidak akan dilayan. 

6. Pentadbiran ini tidak terikat menerima tawaran yang terendah sekali atau mana-mana tawaran. Pentadbiran ini juga berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran diatas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab diatas keputusan tersebut. 

7. Maklumat berkenaan Iklan Tawaran Tender ini juga boleh dilayari di http://www.perlis.gov.my

YANG BERHORMAT, 
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS.

 


Medium 31138742 6754 43be a94e aba1b18e7fce