Asklegal

Tender | Renovation

Majlis Bandaraya Ipoh


NOTIS TENDER

Tender adalah dipelawa daripada syarikat yang masih sah berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA dalam kelas dan pendaftaran yang berkaitan serta yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi melaksanakan kerja-kerja seperti yang berikut:-


NO. TENDER/FAIL RUJUKAN/TAJUK:
NO. TENDER: T0005/18
FAIL RUJUKAN: P1/17/17
CADANGAN MENAIKTARAF GELANGGANG TENNIS DI KOMPLEKS SUKAN MAJLIS BANDARAYA IPOH
*Tender Yang Lewat Tidak Akan Diterima

KELAYAKAN KONTRAKTOR / SYARIKAT:

  • BUMIPUTERA
  • Gred G4
  • Kategori B
  • Pengkhususan B04

TARIKH / HARGA / TEMPAT DOKUMEN DIJUAL:

  • Dari 09 Apr 2018 (Isnin) – 29 Apr 2018 (Ahad)
  • RM50.00
  • Bhg. Bekalan, Tkt. 1, Jab. Perbendaharaan Majlis Bandaraya Ipoh
  • Isnin – Khamis (08.00 pg – 01.00 ptg & 02.00 pg – 03.30 ptg) & Jumaat (08.00 pg – 12.15 tgh & 02.45 ptg – 03.30 ptg)

TARIKH & MASA TENDER DITUTUP:

  • TARIKH: 30 Apr 2018 (Isnin)
  • MASA: 12.00 TENGAHARI
  • SESI LAWATAN TAPAK DIWAJIBKAN pada 09 Apr 2018 (Isnin), jam 09.00 pagi di GELANGGANG TENNIS KOMPLEKS SUKAN MBI IPOH

2. Sekiranya petender tidak berdaftar dengan Majlis Bandaraya Ipoh dikehendaki berdaftar terlebih dahulu dengan kadar yang telah ditetapkan. Pembayaran bagi pembelian dokumen dan pendaftaran hendaklah dibuat dalam bentul Draf Bank / Kiriman Wang / Wang Pos atas nama MAJLIS BANDARAYA IPOH dan bayaran ini tidak akan dikembalikan. Dokumen Tender hanya dijual kepada syarikat atau wakilnya yang sah sahaja yang menunjukkan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Asal berserta satu salinan sijil tersebut dan Surat Wakil (bagi bukan pemegang asal sijil).

3. Semua dokumen Tender metilah dikemukakan dalam sampul surat berlakri dan ditulis tajuk dan nombor Tender berkenaan di penjuru kiri dan dialamatkan kepada Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Bekalan, Tingkat 1, Jabatan Perbendaharaan, Majlis Bandaraya Ipoh.

4. Majlis Bandaraya Ipoh tidak terikat untuk menerima dokumen tender yang terendah atau sebarang dokumen tender. Pihak Majlis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dokumen tender yang tidak terdapat di dalam Peti Tender setelah Peti Tender dibuka.

5. Tidak mempunyai sebarang tunggakan (Cukai Taksiran / Kompaun / Sewaan / Semak Samun / pelbagai tunggakan lain) dengan MBI. Sekiranya tunggakan ini dijelaskan sebelum ini atau dalam tempoh penjualan dokumen tender, kontraktor / pembekal layak untuk menyertai tender ini.

6. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.

7. Laman Web: www.mbi.gov.my


Medium a01bd6c2 96fe 4a0c 8346 9c2f13b2dba3