Asklegal

Tender | Delivery

JABATAN PERTANIAN MALAYSIA


JABATAN PERTANIAN MALAYSIA
KENYATAAN TENDER
(Kaedah Perolehan Secara Manual) 

1.Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi pembekalan berikut:-


NO. TENDER
DOA.BPICT.BIL 1/2018



TAJUK TENDER
MEMBEKAL, MENGHANTAR,MENGUJI DAN MENTAULAH 290 UNIT TABLET KEPADA JABATAN PERTANIAN



KOD BIDANG 
210101 dan 210103


TARIKH IKLAN TENDER
6 April 2018 (Jumaat)



TARIKH & MASA TUTUP TENDER 
26 April 2018  (Khamis). Jam 12.00 tengah hari 


2. Dokumen Tender boleh didapati di Jabatan Pertanian Malaysia, Unit Perolehan, Bahagian Pengurusan, Aras 11, Blok 4G2, Wisma Tani, Presint 4. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,' 62624 Putrajaya pada hari/masa seperti berikut: 

Hari                                            Masa
Isnin - Khamis     8.30 pagi - 12.30 tengah hari  / 2.30 petang - 4.30 petang
Jumaat               8.30 pagi - 12.00 tengah hari /  3.00 petang - 4.30 petang

dengan mengemukakan salinan (tidak akan dikembalikan) Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (jika Bumiputera). 

3.Dokumen Tender disediakan dalam bentuk hardcopy dan softcopy (CD) dengan kadar bayaran RM50.00 dan bayaran boleh dibuat ke atas nama Ketua Pengarah Pertanian dalam bentuk: 
a) draf bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia; 
b) kiriman wang pos (money order); atau 
c) wang kiriman pos berpalang (postal order) Dokumen Cadangan Tender (hardcopy dan softcopy (CD) yang lengkap diisi hendaklah dihantar secara manual seperti arahan dalam 

4.Dokumen Tender dan perlu dimasukkan ke dalam peti Tender di alamat berikut:

Jabatan Pertanian Malaysia,
Bahagian Pengurusan,
Aras 11, Blok 4G2, Wisma Tani 
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62624 PUTRAJAYA

5. Dokumen Cadangan Tawaran Tender yang diserahkan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan, Berbangkit daripada sebarang sebab, TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. 

6. Notis tender ini boleh diakses menerusi laman web DOA di www.doa.gov.my atau di portal MyPROCUREMENT di pautan http://myprocurement.treasury.gov.my.

7. Jabatan Pertanian Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran. Keputusan Lembaga Perolehan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia adalah muktamad. 

8. Sebarang pertanyaan mengenai tender boleh menghubungi Urusetia tender di talian berikut:

Puan Isma Hamiza Binti Ismail / Puan Yusliana Binti Abdul Rahim
03 - 8870 3333 / 3119 / 3120 / 3122 / 3104
 


Medium 17e4e9ec a20f 434f ba2b 789c692278e8