Asklegal

Tender | Services

JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR



KENYATAAN TENDER 

1. Tawaran adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 220801 (Kawalan Keselamatan) bagi tawaran seperti berikut :


TAJUK
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Di Hospital  Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai, Johor (Tanpa Senjata dan Bersenjata) Bagi Tempoh Dua (2)



NO. TENDER
JKNJ/(S)/(KSH.KULAI)6/2017  JLD.2 



KAEDAH  PEROLEHAN 
Secara Manual  Tarikh Tutup 29 April 2018 (Ahad)


TARIKH, MASA DAN TEMPAT TAKLIMAT 
Tempat : Dewan Mahligai, Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai, Johor 

Tarikh :8 April 2018 (Ahad) 

Masa : 10.30 Pagi 



TEMPAT &TARIKH DOKUMEN DIJUAL 

Bahagian Pengurusan (Kewangan), Jabatan Kesihatan Negeri Johor mulai 9 April 2018 (Isnin) 

Harga Dokumen & Cakera Padat (CD) :RM 60.00 



2. Kehadiran taklimat lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. Kegagalan untuk menghadiri lawatan tapak ini akan menyebabkan tawaran tender ini TIDAK akan dipertimbangkan. HANYA PENAMA di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Perakuan Pendaftaran Kontrak (PPK), Sijil Perolehan, Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA, UPKJ atau bagi pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat tender. Syarikat TIDAK BOLEH MEWAKILKAN PEGAWAI SELAIN DARIPADA PENAMA dalam PKK, SPKK, PUKONSA, UPKI atau Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan. (RUJUK PERKARA 8 (vii), PK2
KAEDAH PEROLEHAN KERAJAAN, 1 PEKELILING PERBENDAHARAAN,1PP). 

3. Sila bawa Sijil Asal Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia beserta satu salinan sijil tersebut sewaktu membeli dokumen. Pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk kiriman wang (money order) / bank draf/wang pos atas nama Pengarah Kesihatan Negeri Johor.
Wang tunai dan cek tidak diterima. 

4. Tawaran Kewangan dan Tawaran teknikal hendaklah dikemukakan sebelum atau pada tarikh tutup tender Jam 12.00 tengah hari, manakala dokumen sokongan yang lain hendaklah dimasukkan ke dalam dua (2) sampul yang berlainan menulis Nombor Tender pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat bagi kedua-dua sampul surat. Kedua-dua sampul surat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender dan di alamatkan kepada :-

Pengarah Kesihatan Negeri Johor 
Bahagian Pengurusan (Kewangan)
Jabatan Kesihatan Negeri Johor 
Tingkat 4, Blok B, Wisma Persekutuan
Jalan Ayer Molek 80590 JOHOR BAHRU 
Tel. No : 07-2245013 (Pn. Roziana)/07-2231182 (Pn. Norfilda)
07-6623333 (Pn Noorafefee-H.Kulai) 

5. Jabatan Kesihatan Negeri Johor tidak terikat untuk menerima tender yang terendah. Tender Dokumen manual yang lengkap sahaja yang akan dilayan dan Tawaran tender yang lewat dikemukakan tidak akan dipertimbangkan. Semua perbelanjaan bersabit dengan Tender ini adalah tanggungjawab pembekal sendiri.


Medium 5fdfecdd d31d 4079 8ae6 e33164b53448