Asklegal

Tender | Services

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR 


 

KENYATAAN TENDER

Tender ini adalah dipelawa kepada pembekal bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) di bawah kod bidang yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi tender berikut:-


NO.TENDER
JAI.SEL.BKP 01/053/6/4 (2018) 

TAJUK
Tender Perkhidmatan Pembelian Bas 40 Penumpang Berhawa (Dingin Baru Maahad Tahfiz dan 
Sains di Bawah Kawalan Jabatan Agama Islam Selangor 

KOD BIDANG PENDAFTARAN
110105 - Pengangkutan  Komponen dan Aksesori, Kenderaan Bermotor dan Tidak Bermotor-Bas)



Naskah Meja Tawaran boleh disemak di Seksyen Perolehan, Jabatan Agama Islam Selangor, Tingkat 8, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada waktu pejabat bermula 4 April 2018.

Harga Dokumen Tender ialah RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja). Dokumen Tender hanya dijual secara 'on-line'. Bayaran hendaklah dibuat melalui Sistem Penjualan Dokumen Tender Dan Sebutharga Negeri Selangor di laman http://tender.selangor.gov.my mulai 5 April 2018. Dokumen Tender boleh diambil dengan membawa Resit Pembelian Borang Tender ke alamat Seksyen Perolehan, Jabatan Agama Islam Selangor, Tingkat 8, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.

Dokumen atau Borang Tawaran Tender hendaklah diisikan dengan lengkap dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dituliskan Nombor Tender di sebelah atas kiri sampul surat tersebut dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat: Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor, Tingkat 8, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, 40676 Shah Alam, Selangor.

Tarikh tutup tender adalah pada 25 April 2018 (Rabu) Jam 12.00 Tengahari. Tender yang lewat tidak akan dipertimbangkan. Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana permohonan tender yang dikirimkan melalui pos.


Medium 7ded9e00 8c77 4abd 91de e36c2eff4a28