Asklegal

Tender | Services

BANK SIMPANAN NASIONAL



KENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa kepada Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:


BUTIR-BUTIR TAWARAN
CADANGAN TENDER PELANTIKAN KONTRAKTOR PANEL BAGI PERKHIDMATAN PENCUCIAN (LUARAN DAN DALAMAN) CAWANGAN UTAMA DAN CAWANGAN MINI BSN MELAKA UNTUK TEMPOH 2 TAHUN - RUJUKAN PT 07/18

HARGA DOKUMEN
530.00 (Termasuk.GST) (Tidak akan dikembalikan)


TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL
Bahagian Perolehan & Insurans, Jabatan Pentadbiran Am, Tingkat 12,  117, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan di Cawangan Utama BSN Melaka,

Rabu, 04 April 2018 hingga Isnin,30 April 2018, (Urusan dalam waktu pejabat) 

SYARAT PENDAFTARAN
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT 
Isnin, 09 April 2018 Jam 11.30 pagi 
Bilik Mesyuarat Cawangan Utama BSN Melaka, 
Lot 779, Jalan Munshi Abdullah, Melaka 

Sesi Taklimat kehadiran adalah WAJIB 

TARIKH TENDER  DITUTUP

Isnin, 30 April, 2018,pada jam 12.00 tengahari, Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan 


Naskah meja tawaran boleh disemak di Bahagian Perolehan & Insurans, Jabatan Pentadbiran Am, Tingkat 12, Wisma BSN, 117, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan di cawangan Utama Kedah, Unit Pentadbiran pada waktu pejabat bermula 04 April 2018. Bayaran Dokumen Tawaran hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank di atas nama Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional atau bayaran secara tunai (bayaran ini tidak akan dikembalikan). Syarikat dikehendaki membawa Sijil Asal Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan bagi sijil tersebut semasa membeli dokumen tender. Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermateri dan dimasukkan ke dalam peti Tender di alamat:

Peti Tender (A), Bahagian Perolehan & Insurans, Jabatan Pentadbiran Am,
Tingkat 12, Wisma BSN, 117 Jalan Ampang, 50450 KUALA LUMPUR
 


Medium 44190d7c c170 4012 b336 355573f94baf