Asklegal

Tender | Construction

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI PERAK


KENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred kategori dan Pengkhususan yang berkaitan membuat tawaran bagi kerja berikut :


No. Tender & Tajuk Projek

PPPN/P/PK/3/2018

Membina Baru Masjid Al-Mansor,parit 17A, Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak


Harga Dokumen Tender & Bayaran  Atas Nama

RM 355.00

Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan

(Tidak akan  dikembalikan)


Tempat Dan Tarikh Dokumen Dijual

Tingkat 9, Bahagian
Kewangan, PPPN Perak 
Bangunan Tabung Haji,
JIn. Koo Chong Kong,30000 Ipoh. 

11/04/2018 (Rabu) hingga 25/04/2018 (Rabu) pada waktu pejabat.



Syarat Pendaftaran

Gred G5 Kategori B Pengkhususan B04


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Ditutup

Tingkat 10, PPPN Perak
 
2/05/2018 (Isnin) Jam 12.00 tgh hari. ( masuk dalam sampul surat bermeteri)


*Lawatan tapak pada 11/04/2018 (Rabu) diwajibkan. Sila berkumpul di Masjid Al-Mansor, parit 17A, Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak jam 11.00 pagi bagi sesi taklimat dan lawatan tapak.Perlu surat wakil hadir lawatan tapak bagi mewakili mana-mana syarikat.

Naskah Meja Tender boleh disemak di Tingkat 10, Bahagian Pembangunan Fizikal, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak, Bangunan Tabung Haji, Jalan Koo Chong Kong, 30000 Ipoh pada waktu pejabat. Bayaran Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang atau Wang Pos. Kontraktor dikehendaki membawa sijil asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan serta Sijil Taraf Bumiputera dan satu salinan bagi ketiga-tiga sijil tersebut semasa lawatan tapak dan membeli dokumen tender.

Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermetri serta ditulis nombor rujukan tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender.


Medium b5fd817d 1507 4590 b5e4 80c45b07d567