Asklegal

Tender | Supply

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor


KENYATAAN TAWARAN

TARIKH IKLAN: 03 April 2018 (Selasa)

Tender adalah dipelawa kepada Pembekal-pembekal yang berdaftar DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di bawah Kod Bidang 040101, 040102 dan 040103 dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa untuk mengambil bahagian di dalam tender berikut:


BUTIR-BUTIR TAWARAN:
No Tender: QT180000000006653
Tawaran Tender Bagi Membekal Catuan Makanan Basah Dan Kering Ke Taman Sinar Harapan Tampoi, Johor Bahru, Johor Di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia

NO. RUJUKAN:
TSH.OKU.21/400/05/1-4

TARIKH TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK:

  • 10 April 2018 (Selasa), jam 10.30 pagi di Taman Sinar Harapan Tampoi, Jalan Hospital Permai, 81200 Johor Bahru, Johor
  • *Bawa bersama salinan sijil Kementerian Kewangan yang masih berkuatkuasa

Telecenter:

Bahagian Perolehan
Taman Sinar Harapan Tampoi
Jalan Hospital Permai, 81200 Johor Bahru, JOHOR
No. Telefon: 07-2361690

Dokumen Tender boleh disemak dengan melayari www.eperolehan.com.my mulai 03 April 2018 (Selasa):

  • AHAD – RABU: 8.00 PAGI – 1.00 PETANG & 2.00 PETANG – 4.00 PETANG
  • KHAMIS: 8.00 PAGI – 1.00 PETANG & 2.00 PETANG – 3.00 PETANG

Pembekal yang ingin menyertai tender ini mestilah ePerolehan enabled. Nombor Rujukan yang dijana oleh Sistem ePerolehan boleh diperoleh di Kaunter Telecenter di alamat dan no. telefon seperti di atas mulai 10 April 2018 (Selasa) dengan Hanya Perlu Membawa No. Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan Malaysia Atau Salinan Sijil Pendaftaran.

Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang lengkap hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam Sistem ePerolehan pada atau sebelum 01 Mei 2018 (Selasa), jam 12.00 tengahari. Semua dokumen sokongan tender (seperti katalog, profil syarikat dan lain-lain) hendaklah dimuat naik ke dalam Sistem ePeolehan. Tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah ataupun sebarang tawaran.

Syarikat / Firma / Koperasi / Pemilikan Tunggal* hendaklah mengambil perhatian bahawa setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment) melalui Sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan pada kadar sebanyak 0.8% dengan had maksimum RM9,600 bagi transaksi yang benilai lebih RM1.2 juta atau lebih; atau

Setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) melalui Sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak 0.4% dengan had maksimum RM4,800 bagi pesanan bernilai RM1.2 juta atau lebih.

*Yang mana berkenaan


Pengetua
Taman Sinar Harapan Tampoi


Medium af3588ff b236 4b0e afa6 30d816895b4c