Asklegal

Tender | Maintenance

Majlis Daerah Pontian


KENYATAAN TENDER

Tender ini adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor BERTARAF BUMIPUTERA yang berdaftar dengan di PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR dan LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA yang masih dibenarkan membuat tender pada masa ini bagi membuat kerja-kerja sebagaimana berikut:


No. Tawaran / Tajuk Projek:
MDP/T/1/2018
Kerja-Kerja Penyelenggaraan Longkang Di Taman Nong Chik Dan Sekitarnya Serta Kerja Berkaitan

Kelas / Taraf:
G4 Bumiputera

Kepala / Subkepala:

  • CE21
  • CE34
  • CE01

Harga Dokumen (RM):
350.00


2. Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak bina pada 08 APRIL 2018 (AHAD), jam 9.30 pagi. Taklimat akan hanya diadakan sekali sahaja (diwajibkan). Kontraktor dikehendaki berkumpul di Dewan Jubli Intan Pontian pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

3. Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan 2/2013 hanya penama di dalam Sijil Perakuan PKK, SPKK, CIDB / KEMENTERIAN KEWANGAN sahaja yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak / taklimat yang diadakan di jabatan ini. Wakil tidak dibenarkan.

4. Butir-butir dan dokumen tender ini boleh didapati di Jabatan Kejuruteraan Bangunan pada waktu pejabat dan hendaklah dibayar dalam bentuk Wang Tunai atau Wang Pos. Wang ini tidak akan dikembalikan. Dokumen tender boleh dibeli oleh penama atau wakil-wakil kontraktor dengan syarat membawa SIJIL ASAL dan surat wakil syarikat. Bagi maksud ini, kontraktor-kontraktor hendaklah membawa salinan serta fotostat Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Perakuan Pendaftaran Asal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Taraf Bumiputera dari PKK. Dokumen mula dijual pada 08 APRIL 2018 (AHAD) (selepas lawatan tapak). Tarikh akhir penjualan dokumen tender pada 19 APRIL 2018 (KHAMIS).

5. Dokumen Tender yang telah diisi lengkap hendaklah disampul surat berlakri yang bertulis tajuk tender berkenaan di penjuru kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam peti tawaran bertempat di Jabatan Kejuruteraan Bangunan, Aras 2, Blok A, Pejabat Majlis Daerah Pontian, Johor tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 29 APRIL 2018 (AHAD).


(HJ. KAMALLUDIN BIN HJ. JAMAL)
Yang Di Pertua,
Majlis Daerah Pontian.

Bertarikh: 3 April 2018


Medium 8fee9c6b 78b1 4287 a3c7 d5eeb38945a6