Asklegal

Tender | Installation

Majlis Perbandaran Pasir Gudang


PEMBERITAHUAN TAWARAN

Tawaran adalah dipelawa dan terbuka kepada pemborong-pemborong bertaraf BUMIPUTERA yang mempunyai lesen Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan berdaftar dengan Construction Industry Development Board (CIDB) di bawah tajuk / kod bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:-


I. BIL. TAWARAN & JENIS KERJA:
MPPG/T11/2018/BPK/JKEJ
KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG PENGHAWA DINGIN DI DEWAN-DEWAN MILIK MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG (PAKEJ 1)

GRED, KATEGORI DAN PENGKHUSUSAN:

  • CIDB
  • G3
  • M01 & E11

HARGA DOKUMEN:
RM300.00


II. BIL. TAWARAN & JENIS KERJA:
MPPG/T12/2018/BPK/JKEJ
KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG PENGHAWA DINGIN DI DEWAN-DEWAN MILIK MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG (PAKEJ 2)

GRED, KATEGORI DAN PENGKHUSUSAN:

  • CIDB
  • G3
  • M01 & E11

HARGA DOKUMEN:
RM300.00


LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (WAJIB HADIR):

  • TARIKH: 9 APRIL 2018 (ISNIN)
  • MASA: 10.00 PAGI
  • TEMPAT: BILIK AUDITORIUM, ARAS 3, MENARA AQABAH, MPPG
  • PERHATIAN: HANYA PEMILIK SYARIKAT SAHAJA YANG DIBENARKAN MENGHADIRI TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK
  • Sila bawa bersama SIJIL/LESEN ASAL dan 1 Salinan

Dokumen tawaran boleh dimuat turun di laman sesawang sistem sebutharga MPPG iaitu di http://kontrak.mppg.gov.my/eSebutharga mulai 9 APRIL 2018 (ISNIN) hingga 26 APRIL 2018 (KHAMISdengan dikenakan bayaran seperti dinyatakan di atas dalam bentuk Bank Draf atau Wang Pos dibuat atas nama MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG. Bayaran secara tunai atau “On-Line” juga akan diterima.

Dokumen tawaran yang tidak lengkap adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Tempoh sah laku lesen hendaklah sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh tutup tawaran. Naskah Meja Tender akan dipamerkan di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang, Johor pada waktu pejabat.

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tawaran dan jenis kerja berkaitan dan dikembalikan kepada:

Yang Dipertua 
Majlis Perbandaran Pasir Gudang 
Aras 19, Menara Aqabah
Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang, Johor

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 30 APRIL 2018 (ISNIN) dan dikehendaki memasukkan ke dalam peti tawaran di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasri Gudang, Johor. Pihak kami tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.


HANYA KONTRAKTOR YANG TELAH BERDAFTAR DENGAN MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG SAHAJA YANG LAYAK MEMBELI DOKUMEN TAWARAN. SEGALA PEMBELIAN DIBUAT SECARA “ON LINE” DI LAMAN SESAWANG SISTEM SEBUTHARGA MPPG IAITU http://kontrak.mppg.gov.my/eSebutHarga. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 07-2547771 – Bahagian Pengurusan Kontrak


Medium cf16fcdc 633c 4672 9259 81d66938f4bc