Asklegal

Tender | Services

Majlis Amanah Rakyat (MARA)


KENYATAAN TAWARAN

KHAS UNTUK BUMIPUTERA

1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:-


I. NO. TENDER:
37/2018

KOD BIDANG:
040103

TAJUK KERJA:
CADANGAN PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENYEDIA DAN MENGHIDANG MAKANAN BERMASAK ISLAM DI KM SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN SESI 2019/2020

TEMPOH & TEMPAT PENJUALAN DOKUMEN TENDER:

  • 11/04/2018 – 25/04/2018
  • Pejabat MARA Negeri, Negeri Sembilan, Kaunter Bayaran, Aras 4, Bangunan Seremban Plaza, Jalan Dato’ Muda Linggi, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

TARIKH, MASA & TEMPAT TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK:

  • Tarikh: 11/04/2018 (Rabu)
  • Masa Pendaftaran: 9.00 pg – 10.00 pg
  • Masa Taklimat: 10.00 pg – 12.30 tgh
  • Masa Lawatan Tapak: 12.00 tgh – 12.30 tgh
  • Tempat: KM Seremban, Jalan Aminuddin Baki, 70100 Seremban, Negeri Sembilan

HARGA SENASKAH DOKUMEN:
RM50.00 + RM3.00 (GST 6%) = RM53.00

TARIKH TUTUP TENDER:
03/05/2018, sebelum 12.00 tengahari


II. NO. TENDER:
38/2018

KOD BIDANG:
040103

TAJUK KERJA:
CADANGAN PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENYEDIA DAN MENGHIDANG MAKANAN BERMASAK ISLAM DI MRSM BATU PAHAT, JOHOR SESI 2019/2020

TEMPOH & TEMPAT PENJUALAN DOKUMEN TENDER:

  • 12/04/2018 – 25/04/2018
  • Pejabat MARA Negeri Johor, Kaunter Bayaran, Aras Bawah, Plaza Larkin, Jalan Garuda Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor

TARIKH, MASA & TEMPAT TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK:

  • Tarikh: 12/04/2018 (Khamis)
  • Masa Pendaftaran: 9.00 pg – 10.00 pg
  • Masa Taklimat: 10.00 pg – 12.30 tgh
  • Masa Lawatan Tapak: 12.00 tgh – 12.30 tgh
  • Tempat: MRSM Batu Pahat, Jalan Simpang Lima Separap, 83000 Batu Pahat, Johor

HARGA SENASKAH DOKUMEN:
RM50.00 + RM3.00 (GST 6%) = RM53.00

TARIKH TUTUP TENDER:
04/05/2018, sebelum 12.00 tengahari



2. Pembekal-pembekal Bumiputera hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen:-

  • Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia
  • Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia

Satu (1) salinan sijil-sijil di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa hendak membeli dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak.

3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara BANK DRAF / WANG POS atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) kontraktor hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan (1) tawaran tender sahaja.

4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat (8.30 pagi – 1.00 petang; 2.00 petang – 4.30 petang) di alamat seperti di bawah. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.


5. Kontraktor yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti alamat di atas. Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA / CIDB untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender.


6. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab pembekal.

7. MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. MARA berhak membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

8. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti alamat di bawah:

PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN
KAUNTER TENDER, LOT 3.15, TINGKAT 2, IBU PEJABAT MARA,
JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR

Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengahari

9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my


Medium 263f2ace 8619 46f0 8696 4cc81a317aad