Asklegal

Tender | Supply

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor


TARIKH IKLAN : 01 April 2018 (Ahad) 

Tender adalah dipelawa kepada Pembekal-pembekal yang berdaftar DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA di bawah Kod Bidang 040101, 040102 dan 040103 dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa untuk mengambil bahagian di dalam tender berikut :


BUTIR-BUTIR TAWARAN

Tawaran Tender Bagi Membekal Catuan Makanan Basah Dan Kering Ke Rumah Seri Kenangan, Johor Bahru, Johor Di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Kementerian . Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia 

No. Tender : QT180000000005694 


NO. RUJUKAN

RSK.RL.08/300/14/11/01 Jld 2 



TARIKH TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK

03 April 2018 (Selasa) Jam 10.00 Pagi di Rumah Seri Kenangan, Jalan Ithnin, Kampung Ungku Mohsin, 80350 Johor Bahru, Johor.

*Bawa bersama salinan Sijil Kementerian Kewangan, SSM dan Cop Syarikat


Telecenter :

Bahagian Perolehan
Rumah Seri Kenangan Johor Bahru 
Jalan Ithnin, Kampung Ungku Mohsin, 81200 Johor Bahru, JOHOR
No. Telefon : 07-2371737 @019-4885270 

 
Pembekal yang ingin menyertai tender ini mestilah ePerolehan enabled. Nombor Rujukan yang dijana oleh Sistem ePerolehan boleh diperolehi di kaunter Telecenter di alamat dan no. telefon seperti di atas mulai 01 April 2018 (Sabtu) dan perlu membuat pengesahan kehadiran bagi tender di atas di alamat www. eperolehan.com.my sebelum 03 April 2018 (Selasa). 

Semua dokumen sokongan tender, Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang lengkap hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem ePerolehan pada atau sebelum 24 April 2018 (Isnin). jam 12.00 tengah hari, Tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan. 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah ataupun sebarang tawaran. 

Syarikat/Firma/Koperasi/Pemilikan Tunggal* hendaklah mengambil perhatian bahawa setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment) melalui Sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan pada kadar sebanyak 0.8% dengan had maksimum RM9,600 bagi transaksi yang bernilai lebih RM1.2 juta lebih; atau 

Setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) melalui Sistem ePerolehan akan dikenakan fi' perkhidmatan sebanyak 0.4% dengan had maksimum RM4,800 bagi pesanan bermilai RM1.2 juta atau lebih." 

*Yang mana berkenaan 
Pengarah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor


Medium 165ebb4e e9db 4cd7 ab26 3368da8ebe48