Tender | Services
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
KENYATAAN TAWARAN LKIM: T2/2018
1. Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) di bawah kod bidang 221801 – Syarikat Insurans untuk perkhidmatan berikut:
TENDER PERKHIDMATAN INSURANS NELAYAN (LKIM: T2/2018)
Kod Bidang:
221801 – Syarikat Insurans dan Lesen Bank Negara
Tarikh Taklimat:
- 5 April 2018 (Khamis), 10.30 pagi
- Bilik Mesyuarat Siakap, Aras 2, Wisma LKIM, Jalan Desaria, Pulau Meranti, 47120 PUCHONG, SELANGOR (No. Tel: 03-80649176 / 9105)
Tarikh & Tempat Pembayaran:
- 5/4/2018 (Khamis) dan 6/4/2018 (Jumaat) sahaja
- Bahagian Kewangan dan Akaun, LKIM Ibu Pejabat, Aras Bawah, Wisma LKIM, Jalan Desaria, Pulau Meranti, 47120 PUCHONG
Harga Dokumen:
RM53.00 (tunai / kiriman wang / wang pos) termasuk GST
Tarikh, Masa & Tempat Pengambilan Dokumen Tawaran:
- Mulai 5/4/2018 (Khamis)
- Dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang
- Bahagian Kewangan dan Akaun , LKIM Ibu Pejabat, Aras Bawah, Wisma LKIM, Jalan Desaria, Pulau Meranti, 47120 PUCHONG
- *Sila kemukakan salinan KKM dan resit bayaran*
2. Pembekal adalah DIWAJIBKAN menyertai sesi taklimat.
3. DOKUMEN TENDER HANYA AKAN DIBERI KEPADA PENBEKAL YANG MANGHADIRI TAKLIMAT sahaja. Hanya penama di dalam sijil pendaftaran sahaja yang boleh menghadiri taklimat dan TIDAK BOLEH MEWAKILKAN PEGAWAI SELAIN DARIPADA PENAMA YANG DIBENARKAN DI DALAM SIJIL. Untuk maksud ini, Kontraktor hendaklah membawa Sijil Pendaftaran KKM asal dan salinan yang masih sah tempoh untuk semakan sebelum dibenarkan menyertai taklimat dan mengambil dokumen.
4. Dokumen Tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dengan menulis nombor dan tajuk tender di sudut atas sebelah kiri dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran di alamat Bahagian Kewangan dan Akaun ,Ibu Pejabat LKIM, Aras Bawah, Wisma LKIM, Jalan Desaria, Pulau Meranti, 47120 PUCHONG.
5. Tawaran ini akan ditutup pada 23 April 2018 tepat jam 12.00 tengahari.