Asklegal

Tender | Services

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan


KENYATAAN TAWARAN TENDER

1. Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja berikut:


I. No. Tender:
T/MAIWP/02/2018
CADANGAN MEMBINA SATU BLOK SURAU DUA TINGKAT DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 43227, MUKIM BATU DAERAH KUALA LUMPUR, KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN (SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEGAMBUT JAYA)

Kelayakan:

  • Berdaftar dengan LPIPM (CIDB)
  • Gred G4
  • Kategori B
  • Pengkhususan B04
  • Taraf Bumputera

Lawatan Tapak / Taklimat (Diwajibkan):

  • Tarikh: 4.4.2018 (Rabu)
  • Masa: 10.00 pagi
  • Tempat: Surau SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur

Tarikh Jual Dokumen
4.4.2018 (Rabu) hingga 18.4.2018 (Rabu)

Harga Senaskah Dokumen:

  • RM650.00 (Termasuk 6% CBP)
  • Tidak dikembalikan

Tarikh Tutup Tender:

  • 25.4.2018 (Rabu)
  • Jam 12.00 tengahari

II. No. Tender:
T/MAIWP/03/2018
PENGURUSAN FASILITI DAN PENYELENGGARAAN UNTUK KOMPLEKS PUSRAWI (HOSPITAL PUSRAWI DAN HOTEL PUTRA) DI ATAS LOT 149, JALAN TUN RAZAK, 50400 KUALA LUMPUR MILIK MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 

Kelayakan:

  • Berdaftar dengan LPIPM (CIDB)
  • Gred G6 / G7
  • Kategori ME / F
  • Pengkhususan M01 / F01
  • Taraf Bumputera

Lawatan Tapak / Taklimat (Diwajibkan):

  • Tarikh: 3.4.2018 (Selasa)
  • Masa: 10.00 pagi
  • Tempat: Hospital PUSRAWI, Lot 149, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

Tarikh Jual Dokumen
3.4.2018 (Selasa) hingga 17.4.2018 (Selasa)

Harga Senaskah Dokumen:

  • RM220.00 (Termasuk 6% CBP)
  • Tidak dikembalikan

Tarikh Tutup Tender:

  • 24.4.2018 (Selasa)
  • Jam 12.00 tengahari

2. Kontraktor adalah diwajibkan menghadiri lawatan tapak dan hanya penama yang tercatat di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) sahaja yang dibenarkan menghadiri lawatan atau sesi taklimat berkenaan.

3. Semakan Dokumen Meja Tender boleh dibuat seperti alamat di bawah dan Dokumen Tender juga boleh dibeli di kaunter tersebut. Waktu operasi kaunter adalah dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang bagi Isnin hingga Khamis, manakala pada hari Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.45 petang hingga 4.00 petang sahaja.

4. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan / sijil ASAL PPK dan SPKK yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia serta Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (dahulu dikenali sebagai Pusat Khidmat Kontraktor) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berhak menolak penjualan dokumen jika pada tanggapan MAIWP terdapat mana-mana butiran kelayakan yang tidak layak.

5. Bayaran Dokumen Tender boleh dibuat secara tunai, kiriman wang atau bank draf atas nama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

6. Dokumen Tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender tidak lewat dari tarikh dan waktu yang ditetapkan ke alamat di bawah:

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 
Kaunter Kewangan, Tingkat 1, Bangunan PERKIM.
No. 150, Jalan Sultan Abdul Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur

7. Kenyataan tender telah dipamerkan pada 31 MAC 2018. 


Medium 2b7ffacf c004 4a0a 89b6 100c7f975a28