Asklegal

Tender | Services

YP Plantation Holdings Sdn Bhd


KENYATAAN TENDER

1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berpengalaman dan berkemampuan untuk menjalankan Kerja-kerja Pembangunan Awal Ladang Kelapa Sawit berikut:


No. Tender / Tajuk:
Tawaran Tender Kerja-Kerja Pembangunan Awal Ladang Kelapa Sawit Ladang Pekan Timur

  • YPPH/LPT/1A/18 – Fasa 1A (Keluasan: 550 hektar)
  • YPPH/LPT/1B/18 – Fasa 1B (Keluasan: 550 hektar)
  • YPPH/LPT/1C/18 – Fasa 1C (Keluasan: 550 hektar)
  • YPPH/LPT/1D/18 – Fasa 1D (Keluasan: 550 hektar)
  • YPPH/LPT/1E/18 – Fasa 1E (Keluasan: 550 hektar)
  • YPPH/LPT/1F/18 – Fasa 1F (Keluasan: 534 hektar)

2. Dokumen Tender berharga RM250.00 senaskah boleh dibeli secara tunai/bank deraf atas nama “YP PLANTATION HOLDINGS SDN BHD” semasa lawatan ke tapak atai di alamat berikut:

YP PLANTATION HOLDINGS SDN BHD
Tingkat 4, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur
26060 Kuantan, Pahang darul Makmur
Tel: 09-5341100 / 5341064  Faks: 09-5341133

3. Kontraktor-kontraktor yang ingin mengambil bahagian dalam tender ini dikehendaki membawa bersama satu salinan surat pendaftaran syarikat (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) dan menyerahkan kepada pegawai yang mengeluarkan dokumen tawaran untuk tujuan rekod.

4. Kontraktor-kontraktor yang berminat diwajibkan melawat tapak projek sebelum mengemukakan tawaran. Lawatan ke tapak projek akan diadakan pada masa dan tarikh berikut:

  • Tarikh: 5 April 2018 (Khamis)
  • Masa: 9.30 pagi
  • Tempat Berkumpul: Di Perkarangan Masjid Nenasi, Nenasi, Daerah Pekan, Pahang Darul Makmur

5. Kegagalan menghadiri lawatan tapak dan sesi taklimat akan menyebabkan bakal petender tidak akan dibenarkan membeli dokumen atau tawaran tendernya tidak akan dpertimbangkan.

6. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender, YP Plantation Holdings Sdn Bhd, Tingkat 4, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur sebelum atau pada 20 April 2018 (Jumaat) sebelum jam 3.30 petang. Bukti pengiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan.

7. YP Plantation Holdings Sdn Bhd tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tender atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tender. Semua perbelanjaan bersabit dengan tender ini adalah tanggungjawab kontraktor sendiri.


Medium cc6fe665 77ec 4cdb 9578 f84fe61f4a26