Asklegal

Tender | Supply

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


KENYATAAN TAWARAN TENDER 2018

Tender adalah secara terbuka kepada petender-petender yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), berkelayakan dan berpengalaman untuk menyertai tender bagi pembekalan / perkhidmatan berikut:


NO. TENDER:
TENDER SECARA REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) LHDNM BIL.06/2018

BUTIR-BUTIR TAWARAN:
PERKHIDMATAN MEMBEKAL MAKANAN BERMASAK DI AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA, BANDAR BARU BANGI, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM) BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

KELAS PENDAFTARAN KKM:
Kod Bidang 040103 (Makanan Bermasak Islam)

TAKLIMAT (DIWAJIBKAN HADIR):

  • Tarikh: 29 Mac 2018 (Khamis)
  • Masa: 2.30 petang
  • Tempat: Bilik Melur, Aras Bawah, Bangunan Pentadbiran (AK1), Akademi Percukaian Malaysia Bangi, Persiaran Wawasan, Bandar Baru Bangi, Selangor

HARGA DOKUMEN:

  • RM2,725.70 (RM2,571.40 + RM154.30 GST)
  • Dokumen Meja Tender boleh dirujuk mulai 29 Mac 2018 (Khamis)

TARIKH DAN WAKTU TUTUP:
23 April 2018 (Isnin), 12.00 tengahari

 


TEMPAT JUALAN DAN PENGHANTARAN TAWARAN:
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Bahagian Pengurusan Perolehan, Jabatan Logistik Korporat, Aras 5, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

Tarikh dan Masa Jualan:
Isnin – Jumaat (Kecuali cuti umum): 8.30 pagi – 4.30 petang (Waktu pejabat sahaja)

Tarikh Mual Dijual:
30 Mac 2018 (Jumaat)



i) Dokumen Tender boleh dibeli dengan menggunakan cek bank / draf bank / wang pos / cek berpalang atas nama KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA dan bayaran bagi Dokumen Tender tidak akan dikembalikan.

ii) Petender DIWAJIBKAN MENGHADIRI TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK. Hanya PENAMA DI SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat tender dan lawatan tapak.

iii) Semasa Taklimat Tender, petender hendaklah mengemukakan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) dokumen-dokumen berikut: Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah dan berkuatkuasa.

iv) Petender yang berminat menyertai tender ini dikehendaki mengemukakan surat wakil syarikat semasa berurusan membeli Dokumen Tender.

v) Dokumen Tender dalam bentuk CD akan dijual kepada petender yang mempunyai kod bidang berkaitan dan masih sah pendaftarannya selepas semakan sijil virtual dibuat.

vi) Kenyataan tawaran ini juga boleh dilihat di laman web rasmi LHDNM: http://www.hasil.gov.my

vii) Dokumen Tawaran Tender yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender mengikut tarikh dan tempat sebagaimana tertera di atas. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

viii) Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai Tender tersebut, hendaklah menghubungi pegawai-pegawai berikut:

  • En. Razali bin Yaacob: 03-83138888 samb. 20505
  • Puan Norizan binti Ismail: 03-83138888 samb. 20537