Asklegal

Tender | Construction

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)


KENYATAAN TAWARAN

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan VENDOR FELDA (E-Ikof), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera dalam gred pendaftaran yang berkelayakan dan berpengalaman untuk memasuki tender bagi kerja-kerja berikut:-


HARGA BORANG SENASKAH: RM318.00 TERMASUK 6% GST


Tawaran NO.PF:
21/18

Rancangan:
FELDA Sg. Lui, Bahau, Negeri Sembilan

Jenis Kerja:
Cadangan Menyiapkan Baki Kerja Tertinggal Bagi Membina Dan Menyiapkan 1 Unit Rumah Kakitangan Jenis C1, 1 Unit Jenis D1 Dan 10 Unit Rumah Berkembar Jenis E1 Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan DI FELDA Sg. Lui, Bahau, Negeri Sembilan

Kelayakan:

  • CIDB
  • G4
  • Pengkhususan B04

Lawatan Tapak:

  • 28 Mac 2018 (Rabu), 11.30 pagi
  • Pejabat FELDA Sg. Lui

TENDER INI MENSYARATKAN BAHAWA TAKLIMAT PERLU DIHADIRI OLEH PEMILIK / PENAMA SYARIKAT (WAKIL TIDAK DIBENARKAN) SERTA DIWAJIBKAN MEMBAWA BERSAMA SIJIL PENDAFTARAN ASAL PADA TARIKH, MASA DAN TEMPAT YANG TELAH DITETAPKAN. KEGAGALAN UNTUK HADIR SEMASA TAKLIMAT MENYEBABKAN PENYERTAAN TENDER DITOLAK.

Dokumen Tender boleh dibeli di Kaunter Jualan Tender, Tingkat 32, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur pada waktu pejabat bermula 28 Mac 2018 (Rabu). Bayaran Dokumen Tawaran hendaklah dibuat hanya dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang atas nama FELDA (BAYARAN INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN). 

Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor yang menunjukkan Sijil Asal Pendaftaran yang dikehendaki berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Dokumen Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dialamatkan kepada:

PENGARAH BESAR FELDA
MENARA FELDA, PLATINUM PARK
TINGKAT 32 (KAUNTER JUALAN TENDER)
NO. 11, PERSIARAN KLCC
50088 KUALA LUMPUR

Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada 18 April 2018 (Rabu), jam 12.00 tengahari. TENDER YANG LEWAT DARI TARIKH DAN MASA DITETAPKAN TIDAK AKAN DILAYAN.