Asklegal

Tender | Services

BAHAGIAN BEKALAN AIR KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR



KENYATAAN TENDER

Pelawaan ini adalah terbuka kepada forma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang seperti di bawah untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut:


NO.  TENDER 
BBA(PP)/05/2018


BUTIR-BUTIR PELAWAAN
Perkhidmatan Perundingan bagi Projek Menaiktaraf & Mengganti Sistem "Agihan Bekalan Air Sedia Ada Di Sepanjang Jln Moh Salleh & Jln Bebuloh Dari Persimpangan Tun Mustapha Hingga Terminal Minyak Mentah Shell DI Kiamsam, W.P. Labuan


KOD BIDANG
330101



SESI TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK MANDATORI

Tarikh: 28 Mac 2018 (Rabu)

Masa: 09.30 pagi

Tempat : Bahagian Bekalan Air Wilayah  Persekutuan Labuan

KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN.
Perunding yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan tapak TIDAK LAYAK untuk membeli dokumen tender.



TARIKH TUTUP (12.00 TENGAHARI)

23 April 2018 (Isnin)



SYARAT UTAMA PELAWAAN
 
1. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan berdaftar di bawah kod bidang yang ditetapkan; dan 

2. Tempoh pendaftaran dengan Kementerian Kewangan masih sah 


1. Syarat-syarat Am, Arahan dan Maklumat lanjut mengenai pelawaan ini adalah dijelaskan di dalam Dokumen Pelawaan dan boleh
didapatkan daripada kaunter/pejabat Agensi seperti berikut bermula pada 28 Mac 2018 hingga 11 April 2018. Dokumen Pelawaan adalah dijual dengan kadar RM70 bagi setiap satu (1) set:

SEKSYEN PENTADBIRAN & KEWANGAN,
BAHAGIAN BEKALAN AIR, 
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR, 
ARAS 1, BLOK EW5, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL Ë, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62668 PUTRAJAYA.

ATAU

BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN,
BAHAGIAN BEKALAN AIR, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
JALAN JUMIDAR BUYONG,
87019 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN. 

2. Petender adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri sesi taklimat tender dan lawatan tapak yang akan diadakan seperti tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan. Untuk maksud ini, hanya penama yang tercatat di dalam sifil Pendaftaran Syarikat dan Kementerian Kewangan yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak berkenaan. Bagi tujuan pengesahan, Sijil Asal dan Salinan hendaklah dibawa semasa sesi taklimat dan lawatan tapak berserta Cop Syarikat 

3. Dokumen Pelawaan hanya dijual kepada wakil-wakil perunding yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil perunding hendaklah membawa slip kehadiran lawatan tapak, perakuan / sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Perunding dan Sijil Kementerian Kewangan beserta satu salinan sijil-sijil tersebut dan Cop Syarikat. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan perunding TIDAK LAYAK untuk membeli dokumen tender bagi projek ini. 

4. Dokumen Pelawaan yang berharga RM70.00 (Ringgit Malaysia : Tujuh Puluh Sahaja) hendaklah dibuat pembayarannya dalam bentuk Wang Pos / Wang Kiriman Pos / Bank Deraf dari institusi Bank yang diiktiraf Malaysia atas nama Ketua Pengarah Bahagian Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. 

5. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos hendaklah dimasukkan ke dalam sampui surat berasingan yang berlalti dan ditandakan "Cadangan Teknikal" dan "Cadangan Kos" di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan kepada Ketua Pengarah Bahagian Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, 

6. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender di alamat seperti di bawah tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari pada 23 April 2018 (Isnin).

SEKSYEN PENTADBIRAN & KEWANGAN,
BAHAGIAN BEKALAN AIR, 
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR, 
ARAS 1, BLOK E4/5, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, 
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62668 PUTRAJAYA. 

7. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

*Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi talian 03-8883 6375 / 6138.


Medium a2194671 8efa 4341 b951 66d85e4c8e77