Asklegal

Tender | Services

Majlis Perbandaran Sepang


KENYATAAN TENDER

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Bumiputera Negeri Selangor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bagi kerja-kerja berikut:


NO. TENDER:
MPSepang (JKP) 400-10/12/7

TAJUK KERJA:
CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENGUKUR DAN MENJAHIT PAKAIAN KORPORAT DAN SERAGAM UNTUK MEJLIS PERBANDARAN SEPANG TAHUN 2018 DAN 2019

BIDANG, SUB BIDANG & PECAHAN BIDANG:

  • 020801 atau
  • 020802 atau
  • 020899 atau
  • 222401 & (UPEN)

HARGA DOKUMEN:
RM100.00


2. Dokumen tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 14hb Mac 2018 hingga 04hb April 2018 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya akan dijual kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’.

3. Kontraktor-kontraktor adalah diwajibkan untuk membuat lawatan tapak bersama Pegawai Penguasa atau wakilnya. Hanya petender yang hadir pada lawatan tapak tersebut sahaja yang layak untuk memasuki tawaran ini. Petender dikehendaki melaporkan diri di tempat, tarikh dan masa seperti tersebut:-

  • Tarikh: 22hb Mac 2018 (Khamis)
  • Masa: 10.00 pagi
  • Tempat Berkumpul: Bilik Melati, Aras 1, Majlis Perbandaran Sepang

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender di sebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 tengahari pada 04hb April 2018 (Rabu).

5. Majlis Perbandaran Sepang tidak terkat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang adalah muktamad.


Medium a166088f 59b4 415f a438 9c3140938b62