Asklegal

Tender | Services

KWSP


Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan mempunyai lesen dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memasuki tawaran bagi perkhidmatan berikut:-


NOMBOR TENDER 
18/4/5- 0550-2(3)/2018


KETERANGAN TENDER
CADANGAN MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN SWASTA DI BANGUNAN KWSP, JALAN SULTAN AHMAD SHAH, PULAU PINANG

KELAS PENDAFTARAN
ККМ
Bidang 220801 - Kawalan Keselamatan (Perlu Lesen KDN)

WANG KESUNGGUHAN (RM)
2,000.00


HARGA DOKUMEN (RM)
53.00 Senaskhah


TARIKH/TEMPAT LAWATAN TAPAK (WAJIB)
TARIKH 
Tarikh 
22 Mac 2018 (Khamis) 

Masa 
11.00 Pagi

Tempat
Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Bangunan KWSP, Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang 


TARIKH DOKUMEN MULA DIDAPATI
22 Mac 2018 (Khamis) hingga 3 April 2018 (Selasa)

TARIKH TUTUP
5 April 2018 (Khamis)

NO PETI
18


NOMBOR TENDER 
18/4/5- 0550-2(4)/2018


KETERANGAN TENDER
CADANGAN MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN SWASTA DI BANGUNAN KWSP, JOHOR BAHRU, JOHOR

KELAS PENDAFTARAN
ККМ
Bidang 220801 - Kawalan Keselamatan (Perlu Lesen KDN)

WANG KESUNGGUHAN (RM)
2,000.00


HARGA DOKUMEN (RM)
53.00 Senaskhah


TARIKH/TEMPAT LAWATAN TAPAK (WAJIB)
TARIKH 
Tarikh 
22 Mac 2018 (Khamis) 

Masa 
11.00 Pagi

Tempat
Bilik Mesyuarat Tingkat 14, Bangunan KWSP, Jalan Dato Dalam, Johor Bahru,Johor 


TARIKH DOKUMEN MULA DIDAPATI
22 Mac 2018 (Khamis) hingga 3 April 2018 (Selasa)

TARIKH TUTUP
5 April 2018 (Khamis)


NO PETI
19



Dokumen Tender boleh didapati pada waktu pejabat di Unit Pengurusan Tender/Vendor, Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan, Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur (untuk semua tender) dan Seksyen Pengurusan Operasi, Tingkat 5, Bangunan KWSP Seberang Jaya, No.3009 Off Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang (untuk no. tender (3)/2018) dan Seksyen Pengurusan Operasi, Tingkat 14, Bangunan KWSP, Jalan Dato' Dalam, Johor Bahru, Johor (untuk no. tender (4)/2018) dengan dikenakan bayaran seperti di atas dalam bentuk Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun Maybank: 564155219470/Tunai/Banker's Choque di atas nama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Bayaran ini tidak akan dikembalikan. Kontraktor dikehendaki mengemukakan Wang Kesungguhan (Eamest Money) berjumlah RM2,000.00 dalam bentuk Bank Deraf/Jaminan Bank di atas nama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja semasa mengembalikan Dokumen Tender. 

Kontraktor perlu mengemukakan Salinan Resit Pembayaran melalui Electronic Fund Transfer (EFT), Sijil Pendaftaran Asal berserta salinannya yang masih sah tempohnya yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (Sijil Virtual) dan Kementerian Dalam Negeri serta Sijil Pendaftaran GST berserta Fotostat untuk semakan sebelum dibenarkan membeli Dokumen Tender. Naskhah Meja Tender akan dipamerkan di alamat seperti di atas pada waktu pejabat. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul, nombor tender serta jenis perkhidmatan berkaitan tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari seperti tarikh tutup yang dinyatakan dan dikembalikan kepada:-

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF 
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Unit Pengurusan Tender Vendor, Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan
Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur 

Pihak KWSP tidak terikat untuk menerima tawaran tender yang terendah atau sebarang tawaran.


Medium 4e5052f8 be1b 4552 9f6b d696813a251e