Asklegal

Tender | Services

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS)


KENYATAAN TAWARAN

Pembekal adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA dalam kod bidang yang berkaitan dan kriteria berkaitan seperti berikut:


KETERANGAN TAWARAN:
TAWARAN TENDER PERKHIDMATAN MEMBERSIH DAN MENCUCI DI HOSPITAL ORANG ASLI GOMBAK BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

JENIS TAWARAN:
Terbuka

KOD BIDANG:

  • Kod Bidang: 221001
  • Bidang: PERKHIDMATAN
  • Sub Bidang: KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN
  • Pecahan Sub Bidang: PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT

TARIKH MULA TAWARAN:
13 MAC 2018

TARIKH LAWATAN TAPAK
16 MAC 2018

TARIKH TUTUP TAWARAN:
6 APRIL 2018

MASA:
12.00 TENGAHARI

TEMPOH SAH LAKU:
180 HARI

LOKALITI
SELANGOR


1. Pembekal yang berminat adalah DIWAJIBKAN HADIR ke sesi lawatan tapak dan taklimat pada ketetapan berikut:


NO. TENDER:
JKNST.09/2018

BUTIR-BUTIR TAWARAN:
TAWARAN TENDER PERKHIDMATAN MEMBERSIH DAN MENCUCI DI HOSPITAL ORANG ASLI GOMBAK BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN

JENIS TENDER / TAWARAN DOKUMEN TENDER:
Terbuka / Manual

TARIKH TENDER DIIKLAN & DITUTUP:

  • Tarikh Iklan: 13 Mac 2018 (Selasa)
  • Tarikh Tutup: 6 April 2018 (Jumaat), 12.00 tengahari

TARIKH & LOKASI TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK (WAJIB HADIR):

  • Tarikh Taklimat: 16 Mac 2018 (Jumaat), 10.30 pagi
  • Lokasi: Bilik Seminar, Hospital Orang Asli Gombak
  • KEHADIRAN TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK DIWAJIBKAN

HARGA DOKUMEN

  • Harga: RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh)
  • Tempat Pembelian: Unit Perolehan & Aset, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Tingkat 10, Wisma Sunway, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C 9/C, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

2. Syarikat-syarikat yang berminta untuk menyertai tender ini DIWAJIBKAN menghadiri taklimat / lawatan tapak seperti tarikh dan masa yang telah ditetapkan dengan membawa bersama sijil asal SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT (KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA) dan satu (1) salinan fotostat (tidak dikembalikan) semasa membuat pendaftaran. Syarikat yang lewat hadir selepas jam 10.30 pagi tidak akan dibenarkan menyertai taklimat / lawatan tapak ini dan membeli Dokumen Tender. Hanya penama yang telah didaftarkan di dalam SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT (KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA) SAHAJA yang boleh menghadiri taklimat / lawatan tapak ini.

3. Pembelian Dokumen Tender boleh didapati di Unit Perolehan & Aset, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Tingkat 10, Wisma Sunway, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C 9/C, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor pada waktu pejabat (8.30 pagi – 1.00 petang dan 2.00 petang – 4.30 petang) mulai 19 Mac 2018 – 6 April 2018. Bayaran Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Bank Draf / Wang Pos / Kiriman Wang atas nama PENGARAH JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR.

4. Dokumen Tender yang lengkap hendaklah dikembalikan pada atau sebelum tarikh tutup tender yang ditetapkan jam 12.00 tengahari. Dokumen Tender yang lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Semua dokumen hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Nombor Tender, Tajuk Tender pada atas sebelah kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti alamat di bawah:-

JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR 
TINGKAT 10, WISMA SUNWAY
JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH C 9/C
SEKSYEN 9, 40100 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

5. Iklan tender ini juga boleh dirujuk di laman web http://www.jknselangor.moh.gov.my atau portal http://myprocurement.treasury.gov.my


Medium a945365e 2dd1 416e a152 df5f4a441e12