Asklegal

Tender | Services

Jabatan Laut Malaysia


KENYATAAN TENDER

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam kod bidang yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi menyertai tender berikut:


NO. TENDER:
IPL 09/2018

TAJUK TENDER:
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI TERMINAL JETI PENUMPANG KUAH, LANGKAWI, KEDAH, PEJABAT JETI KARGO SERTA TERMINAL JETI PENUMPANG KUALA KEDAH, KEDAH DAN TERMINAL JETI PENUMPANG KUALA PERLIS, PERLIS UNTUK JABATAN LAUT WILAYAH UTARA

HARGA DOKUMEN / TARIKH & TEMPAT TUTUP TENDER:

  • HARGA: RM50.00 (Tidak akan dikembalikan)
  • Bayaran hendaklah dibuat atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA – MOT – T dalam bentuk:
    - Bank Draft daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia; atau
    - Kiriman Wang (Money Order)
  • TARIKH TUTUP: 16 APRIL 2018 (Isnin @ 12.00 tengahari)
  • LOKASI: Peti Tender, Unit Perolehan, Aras Bawah, Blok A, Ibu Pejabat, Jabatan Laut Malaysia, Peti Surat 12, Jalan Limbungan, 42007 Pelabuhan Klang, SELANGOR D.E.

TARIKH / MASA / TEMPAT DOKUMEN DIJUAL:

  • TARIKH: 26 Mac 2018 (Isnin) – 6 April 2018 (Jumaat)
  • MASA: 8.00 pagi – 5.00 petang (Waktu Pejabat)
  • TEMPAT: Unit Hasil, Aras Bawah, Blok C, Ibu Pejabat, Jabatan Laut Malaysia, Peti Surat 12, Jalan Limbungan, 42007 Pelabuhan Klang, SELANGOR D.E.

KELAYAKAN:

  • KKM
  • 220801 – Kawalan Keselamatan (Perlu Lesen KDN)

TARIKH / MASA / TEMPAT TAKLIMAT:

  • 21 Mac 2018 (Rabu): 10.00 pagi di Pejabat Laut Kuala Kedah, Kedah Darul Aman & 3.00 petang di Pejabat Laut Kuala Perlis, Perlis Indera Kayangan
  • 22 Mac 2018 (Khamis): 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Pejabat Laut Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman

NOTA

i. Taklimat Tender perlu dihadiri oleh pemilik syarikat (nama seperti tercatat dalam sijil SSM / Form 9, 24 dan 49) dan wajib membawa sijil asal pada hari Taklimat Tender.

ii. Dokumen Tender hanya akan dijual kepada syarikat / wakil syarikat yang mengemukakan letter of authorisation to purchase Dokumen Tender dan memaklumkan nombor pendaftaran syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia di kaunter penjualan dokumen tender untuk semakan sijil Virtual.

iii. Tender yang lewat tidak akan diterima.

iv. Jabatan Laut Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah ataupun sebarang tawaran.