Asklegal

Tender | Services

Lembaga Getah Malaysia


KENYATAAN TAWARAN

Tawaran adalah dipelawa dari syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah yang masih dibenarkan membuat tender bagi bekalan berikut:


NO. TAWARAN:
LGM/T/APPTC/2/2018

BUTIR-BUTIR TAWARAN:
MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJILARI BAGI PEMBELIAN “RUBBER PROCESS ANALYSER” UNTUK BAHAGIAN TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN (BTK), LEMBAGA GETAH MALAYSIA

KOD BIDANG:

  • Kod bidang yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan
  • 060501 ATAU 060502

TARIKH/MASA/TEMPAT TAKLIMAT & PENJUALAN DOKUMEN:
Taklimat

  • Tarikh Taklimat: 21 Mac 2018
  • Masa: 10.00 pagi
  • Tempat: Bilik Orientasi IRPEC, Lembaga Getah Malaysia, 47000 Sg. Buloh, Selangor, Malaysia

Jualan Dokumen

  • Tarikh Jualan: 21 Mac 2018 - 14 Februari 2018
  • Masa: 10.00 pagi (selepas taklimat) - 4.30 petang
  • Tempat: Pejabat Setiausaha, Bahagian Teknologi & Kejuruteraan (BTK), Lembaga Getah Malaysia, 47000 Sg. Buloh, Selangor

 KEHADIRAN KE SESI TAKLIMAT ADALAH DIWAJIBKAN


Hanya penama yang tercatat di dalam sijil-sijil asal MOF, sijil taraf Bumiputera (jika bertaraf Bumiputera) sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke sesi taklimat atau lawatan tapak. Syarikat-syarikat tidak boleh mewakilkan kakitangan selain dari penama yang tercatat pada sijil. Syarikat-syarikat diwajibkan membawa bersama sijil pendaftaran MOF, sijil taraf Bumiputera (jika bertaraf Bumiputera) (asal / salinan yang diperakui sah) dan salinan sijil pendaftaran GST (jika berdaftar) semasa taklimat atau lawatan tapak.

Dokumen tender boleh dibeli dengan harga RM53.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Tiga Sahaja termasuk 6% GST) senaskah yang tidak akan dikembalikan. Pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk (Bank Draf / Wang Pos) atas nama LEMBAGA GETAH MALAYSIA. Wang Tunai / Cek tidak diterima.

Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat beriakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender/Sebutharga yang ditetapkan sebelum atau pada 16 April 2018, jam 12.00 tengahari.

LEMBAGA GETAH MALAYSIA
Unit Pentadbiran, Tingkat 15, Bangunan Getah Asli (Menara)
No. 148 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

(Peti No. 1 & 2)

Lembaga Getah Malaysia tidak bertanggungjawab di atas kelewatan dokumen tender yang diposkan dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.


Laman Web: http://www.lgm.gov.my


Medium 0a4c36ee 5410 4043 897e 4c3506af35a4