Asklegal

Tender | Construction

The MCKK Foundation


KENYATAAN TENDER

1. Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan membuat tawaran bagi kerja berikut:


Tajuk Tawaran:
Cadangan Pindaan & Tambahan bagi Sebuah Blok Asrama (Pavilion) Dua Tingkat di atas Lot 1540 di ‘The Malay College Kuala Kangsar’, Jalan Tun Razak, 33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Untuk Tetuan The MCKK Foundation

Taraf / Syarat Pendaftaran:

  • CIDB 
  • Gred G4 & G5
  • Kategori B & CE
  • Pengkhususan B04 & CE21

Tarikh, Tempat Taklimat Dan Lawatan Tapak:

  • 12 Mac 2018 (Isnin)
  • Pendaftaran: 9.00 pagi – 10.00 pagi
  • Taklimat: 10.00 pagi
  • Tempat: Pavilion, The Malay College Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan
  • Lawatan ke tapak projek akan diadakan selepas taklimat

Tarikh & Tempat Penjualan Dokumen:

  • 13 Mac 2018 (Selasa) – 16 Mac 2018 (Jumaat)
  • Tempat: System Consultancy Services Sdn Bhd, No. 36, Jalan Wangsa Delima 6, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur (Tel: 03-4149 1919)

Tarikh & Tempat Tutup Tender:
26 Mac 2018 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengahari
Tempat: System Consultancy Services Sdn Bhd, No. 36, Jalan Wangsa Delima 6, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur (Tel: 03-4149 1919)

Harga Dokumen:
RM500.00 (Tidak akan dikembalikan)


2. Waktu urusan pembelian dan pertanyaan mengenai tender adalh seperti berikut:

  • Isnin – Khamis: 9.00 pagi – 12.00 tengahari & 2.00 petang – 4.00 petang 
  • Jumaat: 9.00 pagi – 12.00 tengahari sahaja

3. Kaunter pendaftaran untuk taklimat dibuka pada jam 9.00 pagi sehingga sesi taklimat bermula. Dokumen hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor yang hadir ke taklimat dan lawatan tapak sahaja dan wakil sah kontraktor dengan menunjukkan dan mengemukakan Surat Perwakilan Kuasa dan sijil-sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan serta Sijil Taraf Bumiputera. Satu salinan bagi setiap sijil ini perlu dikemukakan semasa membeli dokumen tawaran untuk simpanan. (Tidak dikembalikan)

4. Bayaran dokumen hendaklah dibayar atas nama THE MCKK FOUNDATION berpalang dalam bentuk Kiriman Wang / Bank Draf sahaja. Bayaran dokumen ini tidak akan dikembalikan.

5. Dokumen Meja Tender disediakan untuk semakan di System Consultancy Services Sdn Bhd, No. 36, Jalan Wangsa Delima 6, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur pada waktu pejabat sehingga dan termasuk tarikh tender dijadualkan ditutup.

6. Dokumen tender yang telah sempurna diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan nombor dan tajuk tender dituliskan di kirinya dan dimasukkan ke dalam peti tender di alamat berikut:

System Consultancy Services Sdn Bhd,
No. 36, Jalan Wangsa Delima 6,
Pusat Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

7. Semua kos yang berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah tanggungjawab kontraktor. Tawaran yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan sama sekali.

8. The MCKK Foundation tidak terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas perbelanjaan dengan tawaran ini.


Medium 7fa4c47a 1d8d 441f 9b7e 146b0c5ab162