Asklegal

Tender | Construction

PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG PENANG DEVELOPMENT CORPORATION NO. TENDER : PPPP/TE7/B/2018 


 

Tender adalah terbuka kepada semua kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan berdaftar dengan CIDB, Memegang Perakuan Pendaftaran ATAU Memegang Perakuan Pendaftaran dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang masih sah bagi Gred G6, Kategori B, CE dan ME, Pengkhususan B04, B09, CE01, CE11 DAN E11 untuk menender kerja berikut:-

NO. TENDER: PPPP/TE7/B/2018 CADANGAN KERJA-KERJA PEMBANGUNAN KOMTAR (FASA 5) YANG MELIBATKAN KONSERVASI PASAR PRANGIN DAN MENAIKTARAF LANSKAP UNTUK TETUAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG

Yuran Dokumen: RM10.00 (dibayar melalui Sistem Perolehan). Mesti kemukakan salinan resit bayaran Sistem Perolehan semasa membeli dokumen tambahan.

Dokumen Tambahan (Senarai Bahan dan Lukisan): boleh diperolehi mulai 19 MAC 2018 di SG CONTRACT SERVICES SDN BHD, NO. 13 (2ND FLOOR), JALAN PERMATANG GEDUNG, TAMAN SEJATI INDAH, 08000 SUNGAI PETANI dengan bayaran RM500.00 TERMASUK CUKAI GST (TIDAK DIKEMBALIKAN) secara tunai atau deraf bank atas nama SG CONTRACT SERVICES SDN BHD.

Lawatan Tapak akan diadakan pada 16 MAC 2018 (DIWAJIBKAN), JAM 10.00 PAGI berkumpul di BILIK AV, TINGKAT 2, PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG, BANGUNAN TUN DR LIM CHONG EU.

Pemilik syarikat atau wakil dari kalangan Pegawai Teknikal yang sah sahaja dibenarkan (perlu kemukakan sijil kelulusan akademik yang diiktiraf). Permohonan untuk wakil syarikat perlu dikemukakan kepada PDC sekurangkurangnya tiga (3) hari sebelum hari lawatan tapak untuk kelulusan, Pemilik syarikat perlu kemukakan Borang 49 yang terkini dan disahkan oleh Setiausaha Syarikat.

Tarikh tutup penerimaan tender ini ialah pada 9 APRIL 2018, JAM 12.00 TENGAHARI di:-

Bahagian Perolehan, Tingkat 3 
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu 
No. 1, Pesiaran Mahsuri, Bandar Bayan Baru
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang

"Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lainlain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan petender akan menyebabkan tender tersebut ditolak serta merta".

Semua kontraktor perlu mengisi dan mengembalikan 'Surat Akuan Petender' seperti di Lampiran Dokumen Tender.


Medium 88b5a018 443a 4cb4 9c84 c344e439b9d1