Asklegal

Tender | Renovation

Lembaga Zakat Selangor (MAIS)


KENYATAAN TAWARAN TENDER

RUJUKAN TENDER: I) LZS/DP/100-T (6/2018) & II) LZS/DP/100-T (7/2018)

1. Tawaran dipelawa kepada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), bertaraf Bumiputera dan memiliki pengalaman yang sebanding dan berkaitan dengan cadangan tender. Alamat pendaftaran di sekitar Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk menyertai tender seperti berikut :


I. PERKARA:
Cadangan Pelaksanaan Dan Menyiapkan Kerja-Kerja Ubahsuai Pejabat Divisyen Pengurusan Cawangan, Perkhidmatan Pelanggan Di Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

CIDB:
Minimum Gred G2

TAKLIMAT TENDER (DIWAJIBKAN):

  • WAKTU: 10.00 pagi
  • TARIKH: 15 Mac 2018 (Khamis)
  • TEMPAT: Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor, Bangunan Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

II. PERKARA:
Cadangan Pelaksanaan Dan Menyiapkan Kerja-Kerja Ubahsuai Pejabat Divisyen Operasi Agihan Asnaf Di Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

CIDB:
Minimum Gred G1

TAKLIMAT TENDER (DIWAJIBKAN):

  • WAKTU: 11.30 pagi
  • TARIKH: 15 Mac 2018 (Khamis)
  • TEMPAT: Ibu Pejabat Lembaga Zakat Selangor, Bangunan Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2. Pembida perlu mengemukakan Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh CIDB, Sijil yang dikeluarkan oelh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (Taraf Bumiputera) dan Sijil Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang ASAL dan belum tamat tempoh sewaktu pembelian dokumen serta salinan fotostat hendaklah disertakan untuk simpanan Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

3. Dokumen sebutharga boleh diperolehi bermula 8 Mac 2018 (Khamis) bagi Tender No. I dan Tender No. II pada waktu pejabat (9.30 pagi – 12.00 tengahari dan 3.00 petang – 4.30 petang). Dokumen sebutharga boleh dibeli di alamat berikut:-

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (MAIS)
Bangunan Zakat Selangor,
Divisyen Perolehan, Tingkat 2
3-01-1, Presint ALAMi,
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

4. Pembida boleh memperoleh dokumen tender dengan bayaran (tidak dikembalikan) sebanyak RM50.00 bagi setiap satu. Pembayaran boleh dibuat melalui Wang Pos atas nama “Lembaga Zakat Selangor (MAIS)".

5. Tarikh tutup penghantaran tender di atas adalah pada atau sebelum jam 12.00 tengahari, 29 Mac 2018 (Khamis). Penghantaran selepas tarikh tutup dan masa yang telah ditetapkan tidak akan diterima.

6. Lembaga Zakat Selangor (MAIS) tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana mana tawaran dan juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana tawaran yang dikemukakan melalui pos.


b/p: Officer in Charge
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)