Asklegal

Tender | Supply

Jabatan Ketua Menteri Melaka


KENYATAAN TENDER

Tawaran tender adalah dipelawa daripada Kontraktor / Pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan yang masih berkuatkuasa dan membuat tawaran pada masa ini di bawah Kod Bidang 210100 sub-bidang 210102 dan 210103 bagi Peralatan dan Kelengkapan Komputer seperti berikut:-


TENDER MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PENINGKATAN PERKAKASAN SERVER STORAGE KERAJAAN NEGERI MELAKA
No. Spesifikasi: JKMM.BTMK(S).400-10/3/3 JLD.4(17)


2. Naskah-naskah tawaran tender dan keterangan lanjut dalam bentuk softcopy boleh diperoleh pada waktu pejabat di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras 1, Blok Temenggong, Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka dengan bayaran wang tunai berjumlah RM50.00 bagi setiap satu set dokumen tender. Dokumen tender akan dijual mula 8 Mac 2018 (Khamis) hingga 29 Mac 2018 (Khamis).

3. Kontraktor / Pembekal dikehendaki membawa dan menunjukkan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang 210100 sub-bidang 210102 dan 210103 bagi Peralatan dan Kelengkapan Komputer dan Sijil SSM yang asal semasa membuat pembayaran. Dokumen tender yang telah dilengkapkan dan dilakri hendaklah dihantar ke alamat seperti di para 2 di atas selewat-lewatnya pada hari Khamis bersamaan 29 Mac 2018, jam 12.00 tengahari.