Asklegal

Tender | Services

Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (260790-T)


NOTIS TENDER

TENDER TERBUKA

Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (“Pharmaniaga”), merupakan pemegang konsesi yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memperoleh, menyimpan, membekal dan mengedar produk di dalam “Approved Products Purchase List” (APPL) kepada hospital, Pejabat Kesihatan Daerah, klinik kesihatan, institusi kesihatan atau kemudahan lain di dalam Malaysia yang dikendalikan dan dikawal oleh KKM. Dengan ini Pharmaniaga mempelawa petender daripada industri kesihatan, pembekal / pengeluar untuk membekalkan produk di dalam APPL. Petender yang berjaya dipilih oleh Kerajaan akan bertanggungjawab untuk menandatangani Perjanjian Bekalan dengan Pharmaniaga.

Penyerahan tender akan dilakukan melalui sistem e-tender. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang kami di https://etender.pharmaniaga.com dan daftar masuk (login) ke e-tender bermula dari jam 9 pagi, Rabu (7 Mac 2018). Penyerahan dokumen tender secara online dan secara hardcopy berserta sampel produk dilakukan bermula tarikh ini (dari jam 9 pagi – 5 petang) sehingga:

Tarikh / Masa Tutup: 27 Mac 2018 SEBELUM 12 tengahari

Dokumen tender berserta sampel produk tersebut MESTI DISERAHKAN kepada Pharmaniaga di alamat berikut:

Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (260790-T)
No. 7, Lorong Keluli 1B, 
Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan
Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Nota: Penyerahan tender TIDAK akan diterima selepas 12 tengahari pada Tarikh Tutup Tender.



Petender dikehendaki membaca spesifikasi produk, garis panduan, terma-terma e-tender dan syarat-syarat serta terma-terma. Perjanjian Pembekalan (“Syarat-syarat Tender”) sebelum mengemukakan tawaran harga melalui https://etender.pharmaniaga.com. Dengan penyerahan tender, petender akan dianggap telah bersetuju dengan syarat-syarat dan keperluan tender.