Asklegal

Tender | Services

Infra Desa Johor Sdn Bhd


NOTIS PRA-KELAYAKAN PENDAFTARAN SEBAGAI SUB KONTRAKTOR

PERIHAL
Pra-Kelayakan Pendaftaran ini terbuka kepada syarikat-syarikat kontraktor Bumiputera di Negeri Johor untuk bersama-sama dengan Infra Desa (Johor) Sdn Bhd bagi pelaksanaan projek Komplek Bersepadu Pengerang (PIC) di Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Syarat-syarat kelayakan Pendaftaran adalah sebagai butiran:

  • Mempunyai Sijil Pendaftaran SSM, CIDB G1-G7 (Semua Bidang)
  • Pematuhan dan Piawaian Keselamatan, Pengurusan Masa dan Kualiti Kerja
  • Berpengetahuan penuh dalam melakukan kerja-kerja seperti Kerja-Kerja Berkala Pembersihan, Kerja-Kerja Kecil Bangunan meliputi Sivil, Infrastruktur, Hiasan Dalaman, Landskap dan sebagainya

TAJUK
GENERAL SERVICES (MINOR WORKS) FOR REFINERY AND PETROCHEMICALS INTEGRATED DEVELOPMENT (RAPID) PROJECT

Hanya pemilik lesen yang sah sahaja dibenarkan menyertai Pra Kelayakan. Pemilik dikehendaki menghantar Profil Syarikat yang lengkap ke alamat di bawah. Tarikh akhir penghantaran adalah pada 15hb Mac 2018 sebelum jam 12.00 tengahari. Sebarang maklumat lanjut berkenaan pra kelayakan pendaftaran ini, sila hubungi Jabatan Kontrak Infra Desa (Johor) Sdn Bhd di talian 07-2780681.


Pengurus Besar Operasi,
Infra Desa (Johor) Sdn Bhd,
Tgkt 7, Menara Pejabat Pusat Komersial Bayu Tasek,
Persiaran Kota Southkey 1, 
Kota Southkey,
80150 Johor Bahru, Johor​​​​​​​