Asklegal

Tender | Construction

Jabatan Kerja Raya (JKR)


KENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia / PUKONSA / UPKJ / Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-


Pejabat yang memanggil tawaran:
Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

Tajuk Projek:
MEMBINA JEJANTAS PEJALAN KAKI DI HADAPAN SEKOLAH SRJK (C) TIONG HUA KOK BIN, PEKAN MERU, JALAN MERU (FT3217) KLANG, SELANGOR

Taraf / Jenis Syarikat*:
BumiputeraT1

Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub kepala:

  • CIDB
  • Gred G5
  • Kategori CE
  • Pengkhususan CE01 & CE02

ATAU

  • PUKONSA
  • Kelas B
  • Tajuk I
  • Tajuk Kecil 1 dan 2

ATAU

  • UPKJ
  • Kelas A atau B
  • Kepala I
  • Sub Kepala 1 & 2(a)(i)

Tempat & Tarikh Dokumen Mula Dijual:

  • Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
  • 14.03.2018 (Rabu) – 27.03.2018 (Selasa)

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama:

  • RM350.00
  • Akauntan Negara Malaysia-KKR-T

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup:

  • Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
  • 03.04.2018, 12.00 tengahari

Taklimat projek dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Berkumpul di Jabatan Kerja Raya Daerah Klang pada 14/03/2018, jam 09.00 pagi.



Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor / syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperoleh di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank / kiriman wang / wang pos di atas nama Akauntan Negara Malaysia-KKR-T. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan / sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan / sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).


*Jenis Syarikat Tempatan:

  • T1 – Syarikat 100% milik tempatan.
  • A1 – Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.
  • A2 – Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.