Asklegal

Tender | Services

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang


KENYATAAN TENDER

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Bidang Perkhidmatan di bawah Kod Bidang 220801 – Kawalan Keselamatan yang masih sah tempohnya bagi menyertai tender berikut:


NO. TENDER:
PSUKPP/TENDER/1/2018

TAJUK SEBUTHARGA:
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN CASH IN TRANSIT DI BAHAGIAN PERUMAHAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

TARIKH DIIKLAN:
07 Mac 2018 (RABU)

TARIKH TUTUP:
04 April 2018 (RABU)


2. Petender hendaklah berdaftar dengan Sistem e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Borang tender boleh diperoleh secara online dan dimuat turun melalui Sistem Perolehan Negeri Pulau Pinang (sysP) dengan bayaran RM50.00 mulai 14 Mac 2018 (Rabu). Hanya syarikat-syarikat yang berdaftar dengan e-Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sahaja layak mendapat kemudahan laman web http://ep.penang.gov.my

3. Satu sesi taklimat akan diberikan kepada petender dan kehadiran petender adalah DIWAJIBKAN seperti ketetapan berikut:-

  • Tarikh: 14 Mac 2018 (RABU)
  • Masa: 10.00 pagi
  • Tempat: Bilik Mesyuarat Bahagian Perumahan, Tingkat 20 Komtar, Pulau Pinang

4. Borang Tender yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Kaunter Pelanggan, Tngkat 20, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Bahagian Perumahan) sebelum jam 12.00 tengahari pada 04 April 2018 (Rabu). Tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Bahagian Perumahan) adalah tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

5. Bukti Penghantaran Tidak Dianggap Sebagai Bukti Penerimaan dan semua kos berkaitan dengan Tawaran Tender di atas adalah menjadi tanggungjawab Petender. Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

6. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 180 hari dari tarikh peti tender ditutup. Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://ep.penang.gov.my.


Bahagian Perumahan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Medium c2b11d90 356d 4d00 91e1 ea55a39e6b01