Asklegal

Tender | Services

SAJ Ranhill Sdn Bhd


TAWARAN TENDER

1.0 Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang dimiliki 100% oleh rakyat tempatan dan yang masih dibenarkan untuk membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:


I. NO. TENDER & TAJUK KERJA:
SAJ/TA/23/2018
SUPPLY AND DELIVERY OF ELECTROMAGNETIC FLOWMETER TO SAJ RANHILL SDN BHD STORES / LOCATIONS WITHIN THE STATE OF JOHOR FOR THE PERIOD OF ONE (1) YEAR

KELAS PELAWAAN / LAWATAN TAPAK (WAJIB):

  • KEMENTERIAN KEWANGAN 
  • KOD BIDANG 100101 (SEMUA PERALATAN SUKATAN / UKURAN) ATAU 100199 (PEMBUAT)

II. NO. TENDER & TAJUK KERJA:
SAJ/TA/24/2018
SUPPLY AND DELIVERY OF PRESSURE REDUCING VALVES, ALTITUDE VALVES, ALTITUDE PILOT AND SPARE REPAIR KIT TO SAJ RANHILL SDN BHD STORES / LOCATIONS WITHIN THE STATE OF JOHOR FOR THE PERIOD OF ONE (1) YEAR

KELAS PELAWAAN / LAWATAN TAPAK (WAJIB):

  • KEMENTERIAN KEWANGAN 
  • KOD BIDANG 100101 (SEMUA PERALATAN SUKATAN / UKURAN) ATAU 100199 (PEMBUAT)

III. NO. TENDER & TAJUK KERJA:
SAJ/TA/34/2018
SERVICE WORKS AND SUPPLY OF SPARE PART FOR SAFETY EQUIPMENTS OF BREATHING APPARATUS (BA), COMPRESSOR, GAS DETECTOR, CHEMICAL SUIT, RESUSCITATOR, ESCAPE SET AND EYE & BODY SHOWER FOR SAJ RANHILL SDN BHD FOR THE PERIOD OF TWO (2) YEARS

KELAS PELAWAAN / LAWATAN TAPAK (WAJIB):

  • KEMENTERIAN KEWANGAN 
  • KOD BIDANG 020804 (PAKAIAN KESELAMATAN, KELENGKAPAN DAN AKSESORI) ATAU 020899 (PEMBUAT)

IV. NO. TENDER & TAJUK KERJA:
SAJ/TA/35/2018
MEMBEKAL DAN MENGHANTAR MAKANAN BERMASAK DI PUSAT LATIHAN SAJ RANHILL SDN BHD, SG. LAYANG, PASIR GUDANG BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN

KELAS PELAWAAN / LAWATAN TAPAK (WAJIB):

  • KEMENTERIAN KEWANGAN 
  • KOD BIDANG 040103 (MAKANAN BERMASAK ISLAM)
  • TARIKH: 12.03.2018 (ISNIN)
  • MASA: 10.00 PAGI
  • TEMPAT: PUSAT LATIHAN SG. LAYANG, PASIR GUDANG
  • TEL NO.: 019-7763342 (DR.ROSLAN BIN OMAR)

2.0 Dokumen Meja Tender untuk Tender-tender di atas akan dipamerkan mulai 07.03.2018 (RABU) hingga 19.03.2018 (ISNIN) semasa waktu pejabat seperti berikut:-

Ahad – Khamis:

  • 08.30 pagi – 01.00 tengahari
  • 02.00 petang – 04.15 petang

3.0 Dokumen Tender akan dijual mulai dari 07.03.2018 (RABU) mengikut waktu-waktu seperti di perenggan 2.0 di atas sehingga KHAMIS. Dokumen Tender TIDAK akan dijual selepas tempoh ini.

4.0 Pentender yang ingin memasuki tawaran ini dikehendaki menyediakan WANG TUNAI / WANG POS / WANG KIRIMAN / DRAF BANK yang bernilai RM200.00 (Tidak termasuk 6% Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST)) dan dibuat atas nama SAJ RANHILL SDN BHD sebagai bayaran satu (1) set Dokumen Tender.

5.0 Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Pentender yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil Pentender hendaklah membawa SIJIL-SIJIL ASAL BERKAITAN sepertimana yang dinyatakan pada KELAS PELAWAAN serta SATU (1) SALINAN SIJIL-SIJIL tersebut untuk simpanan SAJ.

6.0 Semua Tender akan ditutup pada 19.03.2018 (ISNIN). Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Pejabat Ketua Kontrak & Perolehan, Bangunan Ibu Pejabat SAJ Ranhill Sdn Bhd, Jalan Garuda, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor pada atau sebelum 2.30 petang dengan menggunakan sampul surat yang berlakri dengan menulis Tajuk Tender, No. Tender dan Tarikh Tutup Tender pada sudut sebelah kiri sampul surat tersebut.

7.0 Petender-petender yang ingin mengetahui lebih lanjut berhubung Tender / Sebutharga SAJ, sila layari Laman Web SAJ di alamat www.saj.com.my


Medium 649c0cdc 8a8b 4ee1 9507 bec4c9dc3694