Asklegal

Tender | Purchase

KPMG Deal Advisory Sdn Bhd (462265-P)


JUALAN PUSAT MEMBELI-BELAH

Tawaran dipelawa untuk pembelian tanah dan bangunan (secara kolektif dirujuk sebagai “Hartanah”) yang terletak di dalam kawasan Bandar Perda di Seberang Perai, Pulau Pinang atas dasar keadaan “sedia adanya” (as is where is):


Hartanah

Tanah
Tanah pegangan kekal dengan No. Hak Milik Tanah Geran Mukim 1190, Lot No. 10124, berukuran kira-kira 856,358.06 kaki persegi (19.6593 ekar) yang terletak di Seberang Perai.

Bangunan
Sebuah pusat membeli-belah empat (4) tingkat dengan tempat parkir bawah tanah dengan kawasan lantai kasar berukuran kira-kira 219,624.56 meter persegi (2,364,019 kaki persegi) dan kawasan boleh sewa bersi berukuran 107,004.23 meter persegi (1,151,784 kaki persegi).

Memorandum Jualan yang mengandungi butir-butir Hartanah serta terma dan syarat jualan boleh diperoleh pada harga RM1,060.00 (termasuk 6% GST) senaskah di alamat yang tertera di bawah.

Untuk temujanji dan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Penerima & Pengurus 
KPMG Deal Advisory Sdn Bhd (462265-P)
Aras 10, KPMG Tower, 8, First Avenue, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
No. Tel: +603-7721 3388
No. Faks: +603-7721 7699

Sila hubungi:

  • Cik Rachel Yip (+603-7721 7668) (rachelyip@kpmg.com.my)
  • Cik Tan Sheen Jze (+603-7721 7673) (sheenjzetan@kpmg.com.my)
  • Cik Sharon Leng (+603-7721 7541) (sharonleng@kpmg.com.my)

Semua pihak yang berminat dikehendaki menghantarkan tawaran mereka dalam sampul surat bermeterai dengan ditandakan “Offer/NMSB/04/18” pada sudut kiri bahagian atas sampul surat dan hantarkan kepada Penerima dan Pengurus sebelum jam 12 tengahari, Isnin, 16 April 2018 ke alamat yang tertera di atas.

Penerima dan Pengurus tidak wajib menerima tawaran tertinggi atas sebarang tawaran.


Medium 7a7ddd15 3a69 484f 8787 a7f6e624ebab