Asklegal

Tender | Construction

Perbadanan Putrajaya


KENYATAAN TENDER

(KONTRAKTOR BUMIPUTERA SAHAJA)


CADANGAN PEMBINAAN 12 UNIT KIOSK MAKANAN DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI MEDAN SELERA PRESINT 9, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
(NO. TENDER: PPj/T/JB/1/2018)


1. Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini, serta mempunyai pengalaman, keupayaan teknikal dan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan projek tersebut di atas.

2. Maklumat tender serta kelayakan asas kontraktor adalah seperti berikut:



SYARAT MEMASUKI TENDER:

  • Gred G3, Kategori B, Pengkhususan B04
  • Kategori CE, Pengkhususan CE21
  • Berdaftar dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) untuk taraf Bumiputera

TARIKH & TEMPAT TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK:

  • 12 Mac 2018 (Isnin)
  • 10.00 pagi
  • Bilik Cemara, Aras 5, Blok C, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya

TARIKH & TEMPAT DOKUMEN MULAI DIJUAL:

  • 12 Mac 2018 (Isnin) – 26 Mac 2018 (Isnin)
  • Bahagian Perolehan & Ukur Bahan, Jabatan Kewangan, Aras 1, Blok C, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya

HARGA DOKUMEN, BENTUK BAYARAN & BAYARAN ATAS NAMA:

  • RM 300.00 (Tidak dikembalikan)
  • Harga dokumen tidak termasuk 6% GST. Pembelian dokumen akan dikenakan 6% GST
  • Tunai / Deraf Bank
  • Perbadanan Putrajaya

TARIKH, WAKTU & TEMPAT TENDER DITUTUP:

  • 3 April 2018 (Selasa)
  • 12.00 tengahari
  • Bahagian Perolehan & Ukur Bahan, Jabatan Kewangan, Aras 1, Blok C, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya

3. Kontraktor-kontraktor juga mesti memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut:

  • Mempunyai pengalaman dan pernah menyiapkan kerja-kerja yang serupa bernilai sekurang-kurangnya RM300,000.00 bagi satu (1) kontrak dalam tempoh 5 tahun terdahulu.

4. Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperoleh di pejabat tersebut pada waktu pejabat.

5. Taklimat tender yang disusuli dengan lawatan tapak akan diadakan pada jam 10.00 pagi, 12 Mac 2018 bersamaan hari Isnin di Bilik Cemara, Aras 5, Blok C, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kehadiran PEMILIK SYARIKAT (SEBAGAIMANA NAMA DALAM SIJIL SSM, BORANG 9, 24 & 49) adalah DIWAJIIBKAN (Sila bawa bersama Sijil Asal dan Cop Syarikat) dan Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor / syarikat yang menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak tersebut.

6. Dokumen tender hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor / syarikat yang sah sahaja di mana wakil-wakil kontraktor / syarikat adalah DIWAJIBKAN untuk membawa surat perwakilan kuasa yang ditandatangani oleh pemilik syarikat. Wakil-wakil kontraktor / syarikat juga hendaklah membawa dokumen-dokumen asal dan satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera (BPKU). (Salinan Sijil-sijil Pendaftaran BPKU boleh diterima jika disahkan oleh Pengarah BPKU).

7. Tender ini akan ditutup pada 3 April 2018 bersamaan hari Selasa, jam 12.00 tengahari. Dokumen Tender yang dilengkapkan dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta bertanda dengan tajuk projek, hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang dikhaskan di tempat dan sebelum waktu yang ditetapkan seperti di atas.

8. Petender hendaklah menanggung sendiri segala perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan tender ini. Pembayaran secara cek persendirian untuk pembelian Dokumen Tender tidak akan dilayan.


KENYATAAN INI JUGA TERDAPAT DI LAMAN WEB PERBADANAN PUTRAJAYA DI ALAMAT:
www.ppj.gov.my


Medium 804101e8 0a71 4ebf 82d7 055f5e0942ac