Asklegal

Tender | Purchase

Ferrier Hodgson


Kenyataan Tawaran

TIGA (3) UNIT APARTMEN KEDIAMAN UNTUK DIJUAL

Kenyataan tawaran adalah dipohon bagi tiga (3) unit apartmen kediaman (“Apartmen tersebut”) di Pangsapuri Klang Villa, Jalan Sabah, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor yang dimiliki oleh syarikat yang terlibat dalam penyiasatan talian paip atas dasar “sepertimana ia ada”.

Memorandum Maklumat yang mengandungi butir-butir ringkas mengenai Apartmen tersebut bersama dengan terma-terma dan syarat-syarat jualan boleh didapati dengan bayaran RM53 (termasuk GST 6%) daripada alamat di bawah. Untuk butir-butir dan pemeriksaan lanjut, sila hubungi Cik Audrey Thong, Cik Mong Wai Man atau Enck Yap Tze Wai. Semua tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat tertutup ditanda “PO 0406” di bahagian atas sebelah kiri sampul surat yang dialamatkan kepada:

Dato’ Heng Ji Keng & Mr Andrew Heng
Penyelesai-Penyelesai bagi
P&G Industries Sdn Bhd (Dalam Penggulungan)
d/o Ferrier Hodgson MH Sdn Bhd (No. Syarikat: 459793-W)
Level 10, Tower 1, Avenue 5, Bangsar South City
59200 Kuala Lumpur
Tel: (603) 2297 1150  Faks: (603) 2282 9982

Perintah juruwang atau bank draf sebanyak 5% daripada harga tawaran diperlukan sebagai wang pendahuluan yang akan dikembalikan hanya sekiranya tawaran tidak berjaya. Semua tawaran hendaklah sampai ke pejabat Penelesai-Penyelesai sebelum atau pada 4 April 2018 (Rabu), jam 5 petang. Penyelesai-Penyelesai tidak terikat untuk menerima tawaran tertinggi atau mana-mana tawaran.


Medium 54281baa 34ba 4e8a 8b2f 84694397406b