Asklegal

Tender | Renovation

Majlis Daerah Rompin


KENYATAAN TENDER

Khas Untuk Bumiputera

1.0 Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) serta Majlis Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur yang masih sah laku bagi projek berikut:


I. NO. TENDER:
MDR/T/1/2018

TAJUK PROJEK:
MENAIK TARAF LONGKANG DI JALAN KG. BAHAGIA, KUALA ROMPIN, PAHANG DM

GRED & PENGKHUSUSAN:

  • G3 
  • B04 & CE21

HARGA DOKUMEN & BAYARAN ATAS NAMA:

  • RM250.00
  • YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH ROMPIN

TARIKH LAWATAN TAPAK & WAKTU MELAPOR DIRI:

  • 06 MAC 2018 
  • Berkumpul Di Dewan Kuala Rompin, Hadapan Lampu Isyarat
  • Jam 10.00 Pagi
  • Kehadiran Diwajibkan

II. NO. TENDER:
MDR/T/2/2018

TAJUK PROJEK:
MENAIK TARAF LONGKANG DI JALAN SEPAKAT TIMUR, KUALA ROMPIN, PAHANG DM

GRED & PENGKHUSUSAN:

  • G3 
  • B04 & CE21

HARGA DOKUMEN & BAYARAN ATAS NAMA:

  • RM250.00
  • YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH ROMPIN
  • NOTA: WANG BAYARAN DOKUMEN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN

TARIKH LAWATAN TAPAK & WAKTU MELAPOR DIRI:

  • 06 MAC 2018 
  • Berkumpul Di Dewan Kuala Rompin, Hadapan Lampu Isyarat
  • Jam 10.00 Pagi
  • Kehadiran Diwajibkan

2.0 Bagi tujuan rujukan, Naskah Tawaran Meja akan dipamerkan pada 06 MAC 2018 di Jabatan Kejuruteraan, Majlis Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur. Dokumen Tender akan dijual mulai 06 MAC 2018 hingga 27 MAC 2018 pada waktu pejabat di Jabatan Kejuruteraan, Majlis Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur seperti berikut:

  • Isnin – Khamis: 8.30 pagi – 12.30 tengahari & 2.15 petang – 4.30 petang
  • Jumaat: 8.30 pagi – 11.45 pagi & 3.00 petang – 4.30 petang

3.0 Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, kontraktor hendaklah membawa SURAT PENDAFTARAN ASAL SIJIL LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB), SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) dan SIJIL PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA semasa mengambil dokumen.

4.0 Petender yang berminat adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri taklimat projek dan lawatan tapak di lokasi yang ditetapkan pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di atas. Hanya penama syarikat di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sahaja boleh menghadiri lawatan tapak / taklimat.

5.0 Tender ini akan ditutup pada 29 MAC 2018. Dokumen Tender yang dimeterai hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bilik Mesyuarat Melur, Majlis Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur pada hari tersebut atau pada jam 12.00 tengahari.

6.0 Majlis Daerah Rompin tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

7.0 Segala perbelanjaan berhubung dengan penyediaan dan penyerahan Tender adalah di atas tanggungan Kontraktor-Kontraktor yang menyertai pelawaan ini.


YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH ROMPIN


Medium cc6f2aaa 72fd 4d49 8784 54048ebff2cb