Asklegal

Tender | Supply

KERAJAAN NEGERI KELANTAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KELANTAN


 


KENYATAAN TENDER

1.Tawaran TENDER adalah dipelawa daripada pembekal / kontraktor yang berpengalaman / berkeupayaan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:

NO TENDER : JPVNK-100/214(1/2018) . 


BIL 1 
TAJUK
TAWARAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR LEMBU BETINA BAKA KEDAH KELANTAN ATAU KEDAH-KELANTAN KACUKAN KEPADA JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2018 


2. Pembekal / kontraktor yang ingin menyertai TENDER ini hendaklah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 120202       Dan 070202. 

3. Dokumen TENDER boleh dibeli di bahagian Pentadbiran, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan beralamat di Kubang Kerian, 16150 Kota    Bharu, Kelantan pada waktu pejabat mulai 06.03.2018 hingga 20.03.2018 dengan harga RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja). 

4. Pembayaran boleh dibuat dalam bentuk TUNAI, kepada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. 

5. Syarat penyerahan dan penyempurnaan adalah seperti di dalam dokumen tender. 

6. Dokumen TENDER hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan No Ruj TENDER di sudut atas sebelah kiri sampul    surat dan dimasukkan kedalam peti TENDER bernombor JPVNK -100/2/4(1/2018) tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari, pada 20.03.2018 di              Bahagian Khidmat Pengurusan Ibupejabat JPVNK. 

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI KELANTAN 
KUBANG KERIAN 16150 KOTA BHARU
KELANTAN 

Tarikh :01.03.2018


Medium c198d2ca 2c56 48cb 9ccb 949d064df80f