Asklegal

Tender | Services

AGRO Bank (811810-U)


NOTIS TENDER

1. Tawaran untuk membida ini adalah dipelawa kepada Syarikat / Pembekal yang berlesen di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 dan berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya untuk perkhidmatan kawalan keselamatan di cawangan-cawangan Agrobank seperti berikut:-


NO. RUJ. TENDER:
Tender/PS/2018/015

TAJUK TAWARAN:
Tender Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Bersenjata Api (42 Lokasi) Dan Tanpa Senjata Api (3 Lokasi) Di Cawangan Agrobank Bagi Tempoh 3 Tahun [Meliputi Semenanjung (40 Lokasi), Sabah (1 Lokasi) & Sarawak (2 Lokasi)]

KOD BIDANG PENDAFTARAN:

  • 220801
  • Lesen Kementerian Dalam Negeri

TEMPOH PENJUALAN:

  • 28 Februari 2018 (Rabu) – 9 Mac 2018 (Jumaat)
  • 9.00 pagi – 4.30 petang

TARIKH TUTUP & MASA TUTUP TENDER:
19 Mac 2018 (Isnin), 12 tengahari


2. Sila bawa dokumen asal Sijil Lesen Untuk Menjalankan Urusan Agensi Persendirian dari Kementerian Dalam Negeri dan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan Malaysia semasa membeli dokumen tender.

3. Dokumen Tender boleh dibeli dengan harga RM530.00 (termasuk CBP 6%) secara tunai atau bank drafdari bank-bank yang beroperasi di Malaysia dalam Ringgit Malaysia dan dibayar atas nama BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD (bayaran tidak akan dipulangkan semula) di lokasi penjualan seperti berikut:-

  • Semenanjung
    Agrobank, Unit Pembayaran, Tingkat 10, Bangunan Ibu Pejabat Agrobank, Leboh Pasar Besar, 50726 Kuala Lumpur
  • Sabah
    Agrobank, Pejabat Wilayah Negeri Sabah, Tingkat 2, No. 135, Jalan Gaya, 88994 Kota Kinabalu, Sabah
  • Sarawak
    Agrobank, Pejabat Wilayah Negeri Sarawak, Tingkat 2 & 3, Lot 518 (No. 15H), Section 6, KTLD, Jalan Kulas Tengah, Kuching, 93400 Sarawak

4. Semua dokumen tender hendaklah diisikan ke dalam sampul surat berlakri (berpelekat) dan ditulis TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI EMPAT PULUH TIGA (43) CAWANGAN AGROBANK BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender yang disediakan di lokasi berikut:-

BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD (AGROBANK)
Tingkat Bawah, Leboh Pasar Besar, 50726 Kuala Lumpur

5. Pihak Bank TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana dokumen tender yang dikemukakan melalui pos. Agrobank tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling tinggi atau sebarang tawaran dan tidak bertanggungjawab terhadap tawaran yang ditolak. Sebarang keputusan adalah muktamad. Pihak Agrobank tidak akan memberi penjelasan terhadap sebarang keputusan yang telah dibuat. 


Medium 2c405719 bbd5 442b 85ca 5f2f8eb46f14