Asklegal

Tender | Supply

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA



KENYATAAN TAWARAN
Tawaran tender terbuka adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk tender berikut:-

T3/18/A11/PPSG/08: To Supply, Deliver, Install And Commissioning Dental Chair (Specialist) To Trauma Centre, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan.

Kelayakan Kod Bidang : 050199 - Pembuat (Dental Work Station, Dental Chair And Accessories) 

Syarat Kepada Petender

a. Petender DIWAJIBKAN menghadiri taklimat / lawatan tapak. Dokumen hanya dijual kepada petender yang telah menghadiri taklimat / lawatan             tapak sahaja. 

b. Hanya penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan sahaja yang boleh menghadiri Jawatan tapak atau sesi taklimat     tender. 

c. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai lain selain daripada penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan.

Tarikh / Tempat Taklimat / Lawatan Tapak : 6 Mac 2018 (Selasa). Jam 02.00 petang. Aras 3, Bangunan Trauma, Klinik Pergigian, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, 16150 Kubang Kerian, Kelantan.

Harga dokumen sebanyak RM53.00 (Termasuk GST) sena skhah boleh dibayar secara tunai / bank deraf / kiriman wang yang dibuat atas nama 'Universiti Sains Malaysia' di Kaunter Hasil, Jabatan Bendahari, Kompleks Pentadbiran Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan.

Dokumen. Tender boleh didapati di Kaunter Hasil, Jabatan Bendahari, Kompleks Pentadbiran Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan dengan mengemukakan resit bayaran (Asal) yang telah dibuat pada waktu-waktu berikut:-

Ahad - Khamis: 9.00 pagi hingga 11.30 pagi
                             2.15 petang hingga 4.00 petang

Petender diwajibkan membawa salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan dan sijil-sijil berkaitan serta memastikan sijil tersebut masih sah tempoh lakunya.

Dokumen Tender yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor serta Nama Tender dan dimasukkan sendiri ke dalam peti tawaran di Seksyen Perolehan, Jabatan Bendahari, Kompleks Pentadbiran Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan.

Pihak Universiti berhak menerima kesemua atau sebahagian dari tawaran tender tersebut dan tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau mana-mana tender.
Tarikh Tutup: 26 Mac 2018 (Isnin).
                        Jam 12.00 Tengah Hari.


Medium f2a75ece 560e 460a a81b 9bc80042f641