Asklegal

Tender | Services

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)


KENYATAAN TAWARAN

KHAS UNTUK BUMIPUTERA

1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:-


CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MEREKA BENTUK, MEMBANGUN, MENGUJI DAN MENTAULIAH BAGI PERKAKASAN, PERISIAN DAN APLIKASI MARA TOTAL CAMPUS MANAGEMENT SYSTEM (MARA TCMS)

NO. TENDER:
26/2018

KOD BIDANG:

  • 210101
  • 210102
  • 210103
  • 210104
  • 210105
  • 210106
  • 210107
  • 210108
  • 210109

TEMPOH PENJUALAN DOKUMEN:

  • 28/02/2018 – 13/03/2018
  • ISNIN – KHAMIS (8.30 pagi – 1.00 petang & 2.00 petang – 4.30 petang)
  • JUMAAT (8.30 pagi – 12.15 tengahari & 2.45 petang – 4.30 petang)

TARIKH, MASA & TEMPAT TAKLIMAT TENDER:

  • 14/03/2018
  • 10.00 pagi
  • Dewan Sumber Ilmu, Tingkat 4, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur

HARGA SENASKAH DOKUMEN:
RM125.00 + RM7.50 (GST 6%) = RM132.50

TARIKH TUTUP TENDER:
04/04/2018, sebelum 12.00 tengahari



2. Pembekal-pembekal Bumiputera hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen:-

  • Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia
  • Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dengan Kementerian Kewangan Malaysia

Satu (1) salinan sijil-sijil di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa hendak membeli dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak.

3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara BANK DRAF atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) kontraktor hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan (1) tawaran tender sahaja.

4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat (8.30 pagi – 1.00 petang; 2.00 petang – 4.30 petang) di alamat seperti di bawah. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.


5. Kontraktor yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti alamat di atas. Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA / CIDB untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender.



6. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor.

7. MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. MARA berhak membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

8. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti alamat di bawah:

PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN
KAUNTER TENDER, LOT 3.15, TINGKAT 2, IBU PEJABAT MARA,
JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR

Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengahari

9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my


Medium 982c851c b68b 4800 acac e84f78d18bf1