Asklegal

Tender | Supply

MAJLIS PERBANDARAN KLANG 


MAJLIS PERBANDARAN KLANG 
BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH,
JALAN PERBANDARAN, 41675 KLANG SELANGOR DARUL EHSAN
TEL:03-3371 6044, 3371 1376, 3371 6141 FAX: 03-3372 0344, 3374 2245
LAMAN WEB:www.mpklang.gov.my E-mel: aduan@mpklang.gov.my



KENYATAAN TAWARAN TENDER
Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) / Kementerian Kewangan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi melaksanakan kerja-kerja seperti berikut:

BIL 1 TAJUK KERJA
No. Tender: MPKIJK 600-13/2/14
PEMBEKALAN PREMIX BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN JALAN DI ZON SELATAN UNTUK MAJLIS PERBANDARAN KLANG 2018.



TARAF TENDER & SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN (MOF) & KOD BIDANG 090101 BERDAFTAR DENGAN E-TENDER SELANGOR & UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR (UPEN) 



TAKLIMAT (TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT)
TAKLIMAT (KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN) TARIKH:02/03/2018  (JUMAAT) MASA PENDAFTARAN: 9.00-9.30 pg MASA TAKLIMAT :9.30 pg 
TEMPAT : Mini Auditorium, Pejabat MPK Jalan Tengku Kelana 

Nota: Dokumen Tender hanya akan dijual kepada kontraktor yang menghadiri lawatan tapak 



TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN DIJUAL
MULAI: 06/03/2018 (SELASA) Penjualan secara Online

* Sila kemaskini maklumat syarikat dalam laman web http://tender.selangor.gov.my untuk melancarkan proses pembelian dokumen.



TARIKH, WAKTU DAN TEMPAT TAWARAN TUTUP
26/03/2018 (ISNIN) JAM: 12.00 TENGAH HARI 
Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 1, Pejabat MPK Jalan Tengku Kelana (Pusat Sumber) Lot 175, Jalan Tengku Kelana, 41000 Klang Selangor Darul Ehsan 

Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan.


SYARAT-SYARAT:- 
1. Setiap dokumen Tender dijual dengan harga RM 60.00 secara online. Pembayaran boleh dibuat secara kad kredit dan kad debit. 
2. Dokumen meja tawaran dipamerkan mulai 06 MAC 2018 di laman web http://tender.selangor.gov.my di setiap bahagian iklan yang dipamerkan. 
3. Petender perlu terlebih dahulu mendaftar secara on-line di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my sebelum pembelian Dokumen Tender dan    mengemaskini maklumat pendaftaran UPEN dan MOF. Sekiranya gagal berbuat demikian Petender adalah tidak layak untuk membeli dokumen          Tender tersebut. 
4. Dokumen Tender yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL SURAT BERLAKRI dan dimasukkan ke dalam peti Tender     seperti tertera di atas. 
5. Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya. 
6. Hanya Penama di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF) yang boleh menghadiri taklimat / lawatan tapak. 
7. Petender adalah diwajibkan untuk melaporkan diri dan menghadiri taklimat yang akan diadakan pada 02 MAC 2018 jam 9.00-9.30 pagi di Mini             Auditorium, Pejabat MPK Jalan Tengku Kelana. Maklumat lawatan tapak akan dimaklumkan semasa taklimat. 
8. Petender yang tidak menghadiri taklimat / lawatan tapak tidak layak untuk menyertai Tender. 
9. Petender dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran ASAL Kementerian Kewangan (MOF), kad pengenalan dan Cop Syarikat semasa hari taklimat. 
10. Petender perlu mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Arahan Kepada Petender dan Syarat-syarat Membuat Tender di dalam                    Dokumen Tender sebelum mengemukakan Tender. Jika dokumen Tender yang dikemukakan didapati tidak mematuhi syarat-syarat tersebut,              Dokumen itu akan ditolak tanpa pertimbangan seterusnya. 
11. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan, berbangkit dengan apa jua sebab yang mungkin boleh dikemukakan,        akan ditolak dan tidak dipertimbangkan. 
12. Tarikh akhir penjualan Dokumen Tender adalah pada 25 MAC 2018. Dokumen Tender tidak akan dikeluarkan selepas dari waktu tersebut.                  Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-3375 8014.

Disediakan oleh: BAHAGIAN UKUR BAHAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG


Medium a9ac5990 c40a 4bd1 98fd 1051b7d151af