Asklegal

Tender | Services

SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA



NOTIS TENDER RFP 

1. Tawaran adalah dipelawa kepada petender-petender yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar di Malaysia, berdaftar GST dengan Jabatan       Kastam DiRaja Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah mana-mana kod bidang 340100,340200,340400,340500,     340600, 340900 dan 341000.


2.Butiran tender yang ditawarkan adalah seperti berikut: 


BIL.1 PERKARA
TENDER RFP PERKHIDMATAN PERUNDING BAGI PENYEDIAAN PELAN PERALIHAN TENAGA BOLEH BAHARU 2050 (RENEWABLE ENERGY TRANSITION ROADMAP 2050-RETR) UNTUK SEDA MALAYSIA


NOMBOR TENDER:
SEDA(T)RFP 01/2018


TARIKH IKLAN : 
27 Februari 2018 (Selasa) 


TARIKH TAKLUMAT
2 Mac 2018 (Jumaat) Masa: 9:30 pagi


TARIKH TUTUP
20 Mac 2018 (Selasa) Masa:12.00 tengah hari


3. Perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Terma Rujukan.

4. Iklan Tender RFP boleh dirujuk di dalam laman sesawang SEDA Malaysia (www.seda.gov.my) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) www.kettha.gov.my).

5. Setiap Dokumen Tender RFP dijual dengan harga RM 53.00 (termasuk GST). Bayaran Dokumen Tender RFP hanya dalam bentuk wang tunai            sahaja. Tarikh akhir penjualan Dokumen Tender RFP adalah pada 2 Mac 2018. Dokumen Tender RFP TIDAK akan dijual selepas dari tarikh                tersebut.

6. Taklimat berkenaan Tender RFP akan diadakan pada 2 Mac 2018 (Jumaat) jam 9:30 pagi bertempat di Dewan Auditorium, Sustainable             Energy Development Authority (SEDA) Malaysia, Galeria PjH, Tingkat 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

7.Borang Pengesahan Kehadiran Taklimat perlu diemelkan kepada Mohd Azmi Hamdan azmi@seda.gov.my dan Mohd Herwan Husain     herwanaseda.gov.my sebelum atau pada 1 Mac 2018. Waktu pendaftaran adalah dari jam 9:00 pagi hingga 9:30 pagi.

8.Kehadiran ke sesi taklimat adalah DIWAJIBKAN. Kegagalan atau lewat hadir untuk taklimat pada waktu yang ditetapkan boleh menyebabkan tawaran Petender tidak dipertimbangkan dan sebarang rayuan berkenaan perkara ini tidak akan dilayan. Petender yang tidak menghadiri sesi taklimat tidak layak menyertai Tender RFP ini. Bukti kehadiran adalah berdasarkan tandatangan dan pengesahan cop rasmi syarikat / petender di dalam Jadual kehadiran yang akan diedarkan oleh SEDA Malaysia. Setiap syarikat hanya dibenarkan menghantar dua (2) orang wakil yang terdiri daripada pengurusan atasan dan pakar mata pelajaran (subject matter expect). Setiap seorang wakil TIDAK boleh mewakili dua (2) syarikat yang berbeza.

9.Petender hendaklah menyertakan sesalinan dokumen sepertimana yang dinyatakan di dalam senarai semak yang terdapat dalam Dokumen Tender.   Semua kos berkaitan Cadangan Tawaran Tender RFP ini adalah  menjadi tanggungjawab petender.

10.Cadangan Tawaran hendaklah di dalam Bahasa Inggeris dan perlu dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dan bertanda dengan Tajuk          dan No. Tender disebelah kiri atas sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tender atau dihantar ke alamat seperti berikut:

    Jawatankuasa Pembuka Tender
    SUSTAINABLE ENERGY DEVELOPMENT AUTHORITY MALAYSIA
    Galeria PjH, Tingkat 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya


11. SEDA Malaysia tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. SEDA Malaysia berhak untuk             menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian daripada cadangan tawaran.

12. Cadangan Tawaran yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan dan SEDA Malaysia tidak akan                        bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kelewatan ke atas dokumen yang dihantar melalui Pos atau Kurier,

13. Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas tiga (3) bufan dari tarikh tutup tawaran tender adalah dianggap tidak berjaya.


Medium 54ace133 2937 43c8 a6de 71a3c5ca8882