Asklegal

Tender | Renovation

Majlis Amanah Rakyat (MARA)


KENYATAAN TAWARAN

KHAS BUMIPUTERA

1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:-


CADANGAN KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN BAGI PEWUJUDAN DAN PENEMPATAN SEMULA PUSAT DATA MARA DI TINGKAT 4, IBU PEJABAT MARA KUALA LUMPUR

NO. TENDER:
23/2018

TARIKH, MASA & TEMPAT LAWATAN TAPAK:

  • 27/02/2018
  • 9.30 pagi
  • Tingkat 4, Dewan Sumber Ilmu, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur

TEMPOH JUALAN TENDER:
28/02/2018 – 14/03/2018

LPIPM:

  • Gred G6
  • Kategori ME
  • Pengkhususan E03, E04, E10, E11, E32

HARGA SENASKAH DOKUMEN:
RM707.20 + RM42.43 (GST 6%) = RM749.63

TARIKH TUTUP TENDER:
21/03/2018, sebelum 12.00 tengahari

*Sila bawa cop syarikat semasa menghadiri taklimat tender



2. Kontraktor hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan mengambil dokumen:-

  • Sijil Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang dikeluarkan oleh CIDB
  • Sijil Asal Perolehan Kerja Kerajaan (SPPK) yang dikeluarkan oleh CIDB
  • Sijil Asal Taraf Bumiputera (STB) yang dikeluarkan oleh PKK

Satu salinan fotostat Sijil-sijil Asal bagi dokumen di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa hendak membeli dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak.

3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara BANK DRAF atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) kontraktor hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan (1) tawaran tender sahaja.

4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat (8.30 pagi – 1.00 petang; 2.00 petang – 4.30 petang) di alamat seperti di bawah. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.


5. Kontraktor yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti alamat di atas. Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender.



6. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor.

7. MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. MARA berhak membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

8. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti alamat di bawah:

PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN
TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER), LOT 3.15, IBU PEJABAT MARA,
21, JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR
Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengahari

9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my