Asklegal

Tender | Construction

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah


KENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja berikut:-


BUTIR-BUTIR TAWARAN:
Membina Dewan Serbaguna Di Taman Krubong Jaya, Dun Paya Rumput, Melaka

HARGA DOKUMEN TAWARAN:
RM200.00 + 6% GST (RM212.00) (Tidak akan dikembalikan)

TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL:

  • Kaunter Ukur Bahan Dan Kontrak, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Aras 4, Bangunan Teknikal Graha Makmur, No. 1, Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya 75450 Melaka
  • Rabu, 28 Februari 2018 hingga Selasa, 20 Mac 2018 pada waktu pejabat

SYARAT PENDAFTARAN:

  • Gred G3 (Taraf Bumiputera)
  • Kategori B
  • Pengkhususan B04

TARIKH DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK:

  • Rabu, 28 Februari 2018, jam 9.30 pagi. Berkumpul di Ruang Legar Auditorium Bangunan Teknikal Graha Makmur 
  • Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN
  • Hanya penama yang tercatat di dalam Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak. Kontraktor / syarikat TIDAK BOLEH mewakilkan pegawai selain daripada penama

TARIKH TENDER DITUTUP:

  • Rabu, 21 Mac 2018 pada jam 12.00 tengahari
  • Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan

Dokumen Meja Tawaran boleh disemak di Kaunter Ukur Bahan Dan Kontrak, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Aras 4, Bangunan Teknikal Graha Makmur, No. 1, Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka pada waktu pejabat bermula 28 Februari 2018. Bayaran Dokumen Tawaran hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank, Wang Pos atau Kiriman Wang di atas nama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (bayaran ini tidak akan dikembalikan). Kontraktor dikehendaki membawa Perakuan Sijil Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan satu salinan semasa membeli dokumen tender. Pihak tuan boleh melayari laman web MBMB di www.mbmb.gov.my untuk melihat kenyataan tender ini.

Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan hendaklah dihantar secara serahan tangan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat:-

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH,
Jabatan Kejuruteraan & Alam Sekitar,
Kaunter Ukur Bahan Dan Kontrak,
Aras 4, Bangunan Teknikal Graha Makmur,
No. 1, Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.


Medium 134b2917 9efd 4f31 b8e0 5da84a0707aa