Asklegal

Tender | Construction

Isaga Utara Sdn Bhd (228792-H)


KENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia / PUKONSA / UPKJ / Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-


Pejabat yang memanggil tawaran:
Isaga Utara Sdn Bhd (228792-H)

Tajuk Projek:
Cadangan Merekabentuk, Membina Dan Menyiapkan Jambatan Untuk Projek Perumahan PR1MA Yang Mengandungi 280 Unit Rumah Teres 1 Tingkat, 340 Unit Rumah Teres 2 Tingkat Dan 16 Unit Rumah Kedai 2 Tingkat Di Atas Lot 1722, Mukim Junjong, Daerah Kulim, Kedah Darul Aman

Taraf / Jenis Syarikat*:
Bumiputera T1

Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub kepala:

  • Berdaftar dengan LPIPM (CIDB)
  • Gred G5
  • Kategori CE
  • Pengkhususan CE01, CE02 & CE21

Tempat & Tarikh Dokumen Mula Dijual:

  • KAS Jurukur Bahan, No. 2A & 4A, Jalan Balapan 13/32, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
  • 16.01.2018 (Selasa) – 23.01.2018 (Selasa)

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama:

  • RM800.00
  • KAS Jurukur Bahan

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup:

  • Isaga Utara Sdn Bhd, No. 396A & 397A, Jalan Pintu Sepuluh, Off Jalan Putra, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman
  • 31.03.2018, jam 12.00 tengahari


Taklimat Projek Dan Lawatan Tapak Adalah DIWAJIBKAN. Berkumpul Di Tapak Pembinaan Pada 28.02.2018 (Rabu), Jam 11.00 Pagi. Semua Peminat Membuat Lawatan Hendak Memberitahu Kepada KAS Jurukur Bahan Melalui No. Tel: 03-55116715 Sebelum 26.02.2018.



Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor / syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPK, PUKONSA atau UPKJ.

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperoleh di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank / kiriman wang / wang pos di atas nama KAS Jurukur Bahan. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan / sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia serta Sijil Taraf Bumiputera Asal yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan / sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).


*Jenis Syarikat Tempatan:

  • T1 – Syarikat 100% milik tempatan.
  • A1 – Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.
  • A2 – Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

Medium 319c9a5b ed26 411e a7be fa7e50857c19