Asklegal

Tender | Maintenance

MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM 86200 SIMPANG RENGGAM, JOHOR www.mdsrenggam.gov.my


 

KENYATAAN TENDER

TARIKH IKLAN: 15 FEBRUARI 2018 (KHAMIS) 
Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)/Kementerian Kewangan dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/bekalan berikut:


No.Tender
1. MDSR/BKB/T/01/2018(M)



Tajuk Tender
Kerja-kerja Membaikpulih Tembok  Penahan Di Taman Sri Layang-Layang, Layang-Layang  Serta Lain-lain kerja


Tarikh Dokumen Tender Dijual
25 Februari  2018 hingga 18 Mac 2018


Tarikh Tutup Tender
20 mac 2018 (Selasa) 12.00 tengah  hari


Gred/Kategori
Berdaftar dengan CIDB Kategori G3


Bidang Pendaftaran
CE21 DAN CE08


Harga Dokumen
RM400.00 


Tarikh Taklimat/Lawatan Tapak
19 Februari 2018 Masa:9.00 pagi Tempat: Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam (LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN)


Jenis Tender
Tender khas untuk Bumiputera


2. Naskah Meja Tender akan dipamer di Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam dan boleh dilihat mulai tarikh seperti tarikh tertera pada jadual di        atas

3. Dokumen Tender hanya akan dijual kepada pemborong atau pemilik lesen yang mengikuti Lawatan Tapak sahaja dan boleh didapati mulai 25             Februari 2018 (Ahad) hingga 18 Mac (Ahad) pada waktu pejabat di Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam sebagaimana berikut: 

 

HARI                                            MASA

AHAD - RABU        PAGI              8.00-1.00 
                            PETANG          2.00-3.30

KHAMIS               PAGI               8.00-1.00
                           PETANG          2.00-3.30


4. Pembekal/Kontraktor yang ingin menyertai tender diatas hendaklah mengeluarkan Wang Tunai/wang Pos/Wang Kiriman Pos/ Cek Bank yang             dibuat atas nama Majlis Daerah Simpang Renggam (bayaran ini tidak akan dikembalikan).

5. Dokumen tender hanya akan dikeluarkan kepada pemilik asal lesen yang sah sahaja (Berdaftar dengan PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR DAN         LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA).

6. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertulis Tajuk Tender dan No. Tender serta                 dimasukkan ke dalam Peti Tender, Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam, 86200 Simpang Renggam, Johor. 

7. Iklan Tender ini boleh dilayari melalui laman web kami di www.mdsrenggam.gov.my . Untuk keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Projek         Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam, 86200 Simpang Renggam, Johor di talian 07-7551300. 

8. Dokumen tender di atas hendaklah sampai di alamat yang tertera di atas pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan tidak lewat daripada jam 12.00     tengah hari.

 

(HAJI MOHD NOH BIN IBRAHIM)
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM


Medium c5f27b05 ceea 41a0 ba96 4138d4beb8a1